Followers

Saturday, October 13, 2012

::Sedikit Untuk Hari Ini::

Bila segalanya kita serahkan kepada Allah SWT, walau sesukar manapun ia pasti memecah kebuntuan.  Yang membelit semakin kuat mencengkam, yang mencekak terasa makin erat mengenggam tetapi kini sudah betah dengan segalanya.

Bukan tidak berikhtiar tetapi kejayaan mahu kegagalan adalah satu ketentuan yang bukan mudah untuk diubah.  Namun hati semakin tabah.

Sudah lali melalui kepayahan, sudah biasa dengan keperitan.  Dengan sendiri mencari jalan mengubat lara.  Kuntuman senyuman masih manis di mata melihat, Alhamdulillah!

Apa aktiviti anda semua di hujung minggu nan dingin?  Sedari pagi mentari enggan memancarkan kasih maka seolah seluruh alam bermuram durja.  Ramai lesu dan berkurung di kediaman.

Semalam peluang bertentang mata dengan beberapa rakan sekolah rendah.  Harapan tinggi mahu menjayakan pertemuan semula.  Semua ini masih dalam perancangan, Insyaallah reunion dirancang bakal menjadi kenyataan.

Hari ini seawal pagi bersiap, mahu turut serta ke persembahan konsert Buah Hati.  Anak itu yang akan membuat pertunjukkan pentas, kami pengiring hati berdebar...he..he..he..

Nanti saya kongsikan gambar di sini, Insyaallah.  Masih belum pindah keluar dari kamera.    Kemalasan terhadap gajet sedang kuat menguasai diri.  

Terhibur melihat keletah anak-anak kecil di atas pentas.  Pelbagai ragam dan bukan mudah mengurus anak-anak pra-sekolah ya.

Dari sana, Abang terus ke rumah adiknya di Sentul dan menghabiskan masa seharian.  Yang pasti aktiviti makan bersilih-ganti.  Sah gemuk sudah!

Dan saat ini menghabiskan detik-detik terakhir hari ini di hadapan komputer GP sambil merencana apa perlu dilakukan keesokkan hari.

Paling utama, esok barang-barang popiah harus dibeli.  Buat belum tahu lagi dan tempahan masih lagi dibuka sehingga saya merasakan sudah cukup.  Khuatir tak mampu menyediakannya nanti.

Selamat berhujung minggu ya!






nota:  sakit pula telinga dengan pelakon yang sedang menjerit-jerit....   

No comments :

Post a Comment