Followers

Wednesday, October 3, 2012

::Kenangan Mesej Dari GP::

Baru selesai menyiapkan 3 Lil Munchkin.  Kerja rutin semenjak tiada Bibik.  Selama ini GM menyiapkan mereka tetapi sekarang terpaksa menggalas tugas baru, berperang di dapur.

Siapa boleh menyangkal bahawa masakan ibulah yang paling sedap di dunia dan kerana itu saya tidaklah boleh berada di dapur nanti adik-adik bising! (alasan..ha..ha..ha...)

Sebenarnya belum tahu lagi apa inti pati entri.  Anggap sahaja berbual kosong, sedang mencari mood untuk menyiapkan kerja yang tertunggak, ini antara cabaran perlu ditangani bila bekerja di rumah.

Semedang tiada mood.  Asyik tangguh kerja, bila mahukannya baru kelam-kabut dilaksanakan.  Suasana sekeliling sebenarnya memainkan peranan.  Bila di pejabat, kita tahu tanggungjawab diamanahkan.

Hari-hari ada sahaja rakan-rakan mengkhabarkan pemergian ahli keluarga ke Tanah Haram.  Alhamdulillah, mesti seronok apabila dijemput sebagai Tetamu Allah.

Tahun lepas, GP antara bertuah menjadi jemaah.  Terus teringat akan mesej-mesej dihantar kepada kami sekeluarga sewaktu berada di sana.

Banyak mengundang kesyahduan, tetapi faham.  Bila berada di sana, perasaan lain macam.  Kita yang berada di sini pun asyik hiba teringatkan dia di Tanah Suci, apatah lagi GP.

Sementara rajin, saya kongsikan di sini antara mesej-mesej dihantar GP ke telefon bimbit saya.  Masih ada yang tersimpan, ada juga yang telah hilang.

Boleh saya jadikan kenangan, lagi pula jangka hayat telefon tak tahu sampai bila.  Menunggu jatuh hukum mati..he..he..he..

***************************************************

Salam kerinduan dari Abid yang sedang dalam musafir panjang melaksanakan Labaikallah Huma Labaik dari seruan Ya Rabb Azawajall.  Saat ini sedang bermunajat dihadapan pintu rumahnya sambil menanti solat subuh agar keluarga yang jauh ditinggalkan sentiasa dalam rahmat dan perlindungannya

##########

Sampai di bumi Arafah dan bermalam dalam khemah beratapkan langit berlantaikan tanah merah.  Hati digamit kerinduan mendalam terhadap keluarga.  Ya Rabb Abid mu ini semakin jauh permusafirannya bersama jutaan kabilah membawa dagangan zuhud dalam tasbih zikir memuja Keesaanmu dan meninggalkan kelazatan duniawi.  Ampunlah setiap dosa dan kesalahanku.  Pintaku kau muliakanlah keluarga yang ku tinggalkan bukalah pintu rezeki buat kami serta hindarkan kami dari kesengsaraan.  Ya Malikul Qudus peliharalah keluargaku agar sentiasa berada dibawah lindunganmu Ya Rabil Alamin

##########

Sedang menunggu hadirnya Isya'.  Papa juga rindukan keluarga semua.  Ya Rabb teguhkan iman dan cekalkan hati mereka sebagaimana cekalnya hati Khadijah menanti kepulangan Muhammad dan kabilah dagangnya dari Syam

##########

Mentari rembang dan cukup membahang panasnya.  Badan masih lemah ketika menghayun langkah kesan batuk yang menganggu tidur.  Hidung masih belum kering dari selsema yang panjang.  Saat ini sedang menanti azan Zohor dan kerinduan pada famili begitu terasa.  Ya Rabb Ya Malikul Qudus, derita terik ini ku yakini tidak sepanas azab di akhirat nanti kasihani keluarga abid yang ku tinggalkan dipermusafiran ini limpahkanlah karamah mu sebagaimana kau berikan kepada sulaiman mu dan himpunkan nanti dijannah mu bukan dijahim yang kami takuti dengan keberkatan Rabbana Atina Fil Dunia Hassanah Wafil Akhirati Hassanah Wa Qinar Azabannar

##########

Wow Cucu aki yg qudus.  Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kau hadirkan segera aliran rezeki ada keluargaku agar-agar setiap cucu abid yang dalam permusafiran ini menikmati manis zam-zam dari pancaran Ismail mu dan dapat juga mengucup mersik aswad yang kau kirimkan dari jannah mu

##########

Setengah jam lagi bermula waktu wukuf dan sekitar empat jam lagi menurut ketua kabilah ahlul bait merupakan saat terbuakanya pintu sidratul muntaha menerima doa setia hamba yang maha esa.  Marilah kita sama-sama bermunajat kehadrat Tuan yang memiliki kita segalanya didunia dan akhirat.  Rebutlah peluang yang ada hany setahun sekali mari kita sama-sama berdoa.  Ya rabb Allah yang maha esa terimalah taubat hamba mu ini.  Kumpulkanlah kami dijanah mu nanti jangan kau buka kepada kami jahim mu ya amat menyeksakan panasnya.  Sementara kami menumpang di atas bumi mu yang sementara ini.  Kurniakanlah pada kami limpahan rezeki dari khazanah mu yang tidak terhitung banyaknya dan izinkan kami sentiasa bernaung dibawah nur mu sebagaimana anjuran muhamadmu yang kami cintai dan kami kasihi.  Amin ya rabul alamin

##########

Selesai wukuf dan bermalam dan mengutip batu di Muzalifah.  Terasa begitu letih dan baru charge phone sebaik tiba di Mina untuk melontar.  Salam Eidul Adha

##########

Selesai tahlul awal sebaik habis melontar jamrah qubror hati digayut pilu teramat bila ketua kabilah mengalunkan takbir hari raya.  Pertama kali abid menangis hingga basah kain ehram.  Ada rasa syukur atas permusafiran yang kain sampai destinasinya.  Selebihnya terkenangkan anak-anak, cucu-cucu dan isteri di tanah air serta keluarga.  Ya Rabb terimalah pengabadian hamba mu ini.  Kau selamatkanlah keluargaku dari sebarang godaan syaitan yang turut ku rejam sebentar tadi.  Naungilah kami dengan nur mu, berikan kami kebahagiaan didunia dan akhirat.  Hanya padamu kami berserah Ya Rabil Alamin

##########

Alhamdulillah tahalul awal ok, tinggal melontar kedua.  Hari ini lepas isyaq dan hari tasyrik jamratul akhir dan tawaf serta sai.  Lusa dapat title Kamal Amir Al-Haj.  Anyway berkali papa doa agar Allah izinkan semua kita dapat berkumpul di sini.  Miss u a lot my dear greatest daughter.  When i type this words tears come out from my eyes.  Only Allah sahaj yg tahu now much i love u as my first daughter.  I cannot explain by words, tiada tukar gantinya.  Ya Rab kau sinari kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat agar dijannah mu nanti dia mengetuai semua adik-adiknya berpimpin tangan ditaman firdausi mu.  Luv u forever!

##########

Ah, handsomenya cucu-cucu aki menggamit kerinduan.  Ya Arrahman Rahimin, hari ini cucu abid meningkat usia 1 tahun.  Lindungilah dirinya serta cucu abid yang lain dari sebarang masalah serta sinarilah mereka dengan nur dan hidayah mu

##########

Saat kaki memijak kaki gunug tsur tempat rasul dan siadina abu bakar berhenti di gua tsur hati digamit kerinduan amat mendalam terhadap anak-anak.  Ya Rabb Abid yg bermusafir ini mendoakan puteri-puteriku memiliki jiwa sekental dan semurni puteri rasu asmah saat baginda memerlukan makanan

##########

Selesai tawaf wida.  Ya Rabb abid yang kerdil dan hina disisimu mohon kembali menemui keluarga yang sebegitu lama ditinggalkan dan singgah sebentar menziarahi muhamadmu.  Terimalah pengabadian ibadah haji hambamu ini dan izinkan perpisahan ini sementara cuma.  Dari limpah rahmat dan rezekimu ya rahman akan ku bawa anak-anak isteri dan keluargaku bertandang kembali ke bumi mulia mu ini.  Permudah dan selamatkanlah perjalanan pulang hambamu ini.  Amin ya Rabil Alamain

##########

Berbuaka puasa bersama umat muhamad di masjidil nabawi.  Air mata berlinangan teringatkan keluarga yang sekian lama ditinggalkan.  Ya Rab terlalu murninya umatmu duduk bersama menghadapi juadah.  Kurniakanlah rezeki yang baik untuk keluarga abid yang kian dalam pasrah mematuhi seruan mu

##########

Sedang berada di raudah di sisi baginda rasul untuk ziarah akhir sebelum ke airport sambil bermunajat zikir dan menyampakn salam dari anak-anak isteri dan teman-teman.  Ya Rabb Abid yang sekian lama bermusafir menggapai zuhudmu mohon dimakbulkan doa dan hasrat dalam impian serta harapan yang ku lafaz dan ku rayu padamu di arafah muzalifah minta baitullah dan di makam muhamadmu ini.  Kembara ini meskipun di penghujung namun jangan jadikan yang terakhir kerana abidmu ini berhasrat untuk datang lagi bersama keluarga dan teman-teman agar mereka jua berkesempatan melihat kebesaran mu mohom kian teguh keimanan terhadap mu Ya Rahman Ya Rahim 

##########

Mesej-mesej ini tidak mengikut kronologi.  Ada di hantar ke telefon 012 saya, ada di hantar ke 019 saya.  Itu pun banyak dah hilang terutamanya yang stor dalam talian 019 saya

Ada dihantar secara pukal di mana GM dan adik-adik lain menerima serentak dan ada juga dikarang khusus untuk saya.  Mereka pun macam tu juga.  Kadangkala GP tidak hantar pada saya tetapi pada yang lain

Bila baca balik meremang bulu roma.  Ingat lagi, setiap kali menerima mesej air mata pasti bergenang.  Teringat segala kepayahan untuk GP sampai ke sana.  Biarlah ianya menjadi memori kami sekeluarga ;(

Sekejap sahaja sudah setahun.  Apa pun, GP selamat pergi selamat kembali dan menjalani kehidupan sebagai ketua keluarga yang disayangi.  Semoga Allah menyambut segala doa-doa dan taubat GP di sana.  

 Kenangan GP Musim Haji 2011



nota:  tiada sebarang penokok tambahan mahupun edit...  

No comments :

Post a Comment