Followers

Wednesday, February 20, 2013

::Fizz Fairuz Putus Tunang::

Bercerita pasal artis pula, sibuklah sangat!  Hahaha..masakan tidak, pagi lagi sudah dikejutkan dengan kisah Fizz Fairuz putus tunang.  Satu lagi kejutan dilakukan oleh Tuan Empunya diri.
 
Yalah bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan nampak gayanya bakal berkahwin dengan orang lain.  Hmm..macam-macam dunia artis Malaysia.
 
Boleh tahan juga bekas tunang Fizz Fairuz tu ya?  Masih bergelar isteri orang, menerima pula peminangan orang lain.  
 
Tahu atau tidak hukum-hakam?  Entahlah, nak komen banyak-banyak pun buat setakat hari ini hanya kenyataan sebelah pihak.  
 
Kita tak tahu apa sebenarnya berlaku, harus juga tunggu penjelasan wanita tersebut.  Banyak faktor menyumbang ke arah perkara sebegini terjadi.  Betul tak?
 
Sebenarnya perkara sebegini bukan hanya terjadi dunia selebriti tetapi memandangkan mereka itu public figure, semuanya menjadi tumpuan.
 
Saya pernah tahu kes lebih kurang sama sebegini.  Tapi boleh tahan lama juga mereka bertunang, hampir setahun.  
 
Alasan perempuan tersebut dia memang mahu menuntut cerai tapi sayangnya kes perceraian tertangguh-tangguh.  Dia menerima peminangan tunangnya kerana yakin akan bercerai dalam tempoh terdekat.
 
Silapnya dia kerana merahsiakan segala-galanya dari bakal suami, tetapi itulah.  Perkara sebegini bukan boleh disorok.  Benda-benda macam ni bukan boleh ambil enteng. 
 
Akhirnya pertunangan terlerai juga kerana status perkahwinan wanita tersebut masih sah.   
  
Berbalik kepada kes Fizz Firus dan yang menarik perhatian, ialah komen dari bekas kekasih Fizz, Almay Nadia.  Dia merasakan tidak mustahil Fizz terkena buatan orang.  Hmm..ambil kisah juga!
 
Mungkin masih ada ruang untuk mereka kembali bertaut siapa tahu.  Hal jodoh itu semua kerja Maha Pencipta.
 
Secara jujur sewaktu kedua-dua mereka bercinta, saya macam suka sangat.  Mereka bebas dari gosip liar dan nampak saling setia.
 
Follower Twitter Almy Nadia pun sebab konon-konon nak tahulah jika ada kata-kata cinta berbalas di antara kedua-dua selebriti ini.  Hahaha!!
 
Tapi memang pernah seketika Almy banyak meluahkan rasa kecewa dalam Twitter cuma tak pasti ditujukan pada siapa.
 
Kita tunggu sahaja episod seterusnya ya.  Oh ya, cerita panas hari ini boleh sahaja anda baca di Harian Metro, Beautifulnara, Roti Kaya dan banyak lagi laman web hiburan.
 
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka dan jika benar melibatkan segala ilmu hitam bagai, moga orang yang melakukan perkara tersebut akan menerima balasan.
 
 Carian melalui Google Image, web: ohbulan.com





nota:  sekali sekala cerita hal artis...

No comments :

Post a Comment