Followers

Wednesday, February 20, 2013

::Hmm...Astro::

Walau berkali-kali bengang dan terasa give-up dengan Astro, tetaplah juga menghadap televisyen.  Konon mahu bercerai talak 48, kata-kata tersebut umpama bak angin melalu.

Pernah hampir 6 bulan tiada siaran Astro di bilik.  Tapi cukup masa curi kad di luar kemudian pasang di dalam.  Smart card set lamakan boleh transfer ke sana sini.

Tapi itulah, bila tahu pelanggan mula bengang dan bertekad menamatkan kontrak waktu itu juga pihak Astro datang menabur gula-gula.

Bil Astro yang tidak berbayar sejak 6 bulan lalu diberi pemotongan 50% sekiranya pelanggan melangsaikan hutang kemudian sambung kontrak sekurang-kurangnya 6 bulan.  

Jika tidak rebet diberi dikira tidak sah.  Kemudian tawar pula pemasangan set PVR hanya dengan kos minima iaitu RM50 sahaja.

Tidak cukup dengan itu, ditawar pula sekiranya tambah set Astro di rumah di bawah satu akaun, bil bulanan bagi set tambahan hanya RM50 sebulan dan pelanggan akan menikmati semua siaran.

Set Beyond pemasangan percuma dan set PVR tetap dengan harga RM50 seunit.  Siapa tidak mahu pasang Astro percuma?

Dengan syarat pemilik utama akaun ambil pakej yang buka semua channel.  Jika ambil tawaran ini dengan maksimum 2 lagi tambahan set, pelanggan akan dapat pula external hard disc yang boleh ditambah bagi merekod siaran.

Ya, kami terpedaya dan ambil semua apa ditawarkan.  Secara rasmi di bilik saya punya Astro PVR dan setiap satu set di bilik Macho Man dan ruang rehat GM.

Semuanya kontrak selama 2 tahun.  Hebat bukan Astro memanipulasi kami dan tanpa sedar saya pula seronok dengan penggunaan PVR.  Habis segala cerita yang ada mahu direkod.

Tak perlu risau ketinggalan meski Astro tetap dengan sifat semulajadi mereka, mengulang cerita 1001 kali.  

Apa yang saya tak perasan, adakah mereka sudah membaiki kelemahan bila hujan turun?  Sekarang waktu hujan siang, tak adalah pasang TV waktu melebat dek sibuk dengan kerja.

Harapnya Astro tidaklah sombong sangat dengan pelanggan dan dengarlah sedikit rungutan-rungutan kami, jika ada.  Orang seperti kami inilah menyumbang kekayaan syarikat televisyen gergasi tersebut.

Lepas ini apa pula rungutan saya perihal Astro ya.  Dah beri gula-gula tidak beerti perlu tutup segala kelamahan.  Seandainya ada, harus diwar-war.  Untuk kepentingan bersama juga.

 
 Imej melalui carian Google Image dan diambil dari laman blog.nuffnang.com.my
        







nota:  alahai Astro...

No comments :

Post a Comment