Followers

Wednesday, February 10, 2010

His 1st Movie..

Dah lama juga tak tumpang bercerita perihal Buah Hati Nan Satu, Permata hati buat Macho Man dan isteri serta pengarang jantung seisi keluarga.  Melihat dia membesar depan mata terasa amat cepatnya masa berlalu.  Terbayang di mata hampir tiga tahun yang lepas, di saat teriak tangis memecah dunia sehinggalah dari satu tahap ke satu tahap pembelajaran yang diperolehi.  Segalanya menjadi manis tatkala mengenang anak yang seorang ini.  Keletah semakin menjadi-jadi, kebijaksanaan dah mula menguasai.  Tiada apa lagi yang perlu diperkatakan cuma memanjat kesyukuran hadirnya membawa sinar keceriaan.

Dari hari ke hari ada sahaja yang bakal dipelajari dan kami sekeluarga sebaik mungkin mengajar.  Sejak umurnya mencecah dua tahun, saya sering merengek dengan ibu bapanya supaya boleh membawanya menonton wayang.  Sering alasan Buah Hati belum bersedia, tetapi saya tidak berputus asa.  Tak sabar sebenarnya untuk melihat gelagat dan keletahnya apabila buat pertama kali melangkah ke dalam panggung wayang.  Sering menjengah ke blog kawan-kawan maya serta FB, apabila melihat mereka seronok membawa anak ke panggung wayang saya yang terkinja-kinja tidak sabar untuk membawa Buah Hati ke situ.

Akhirnya pada Januari 2010 hajat saya sampai.  Entah apalah agaknya mimpi Cuty Siti mengizinkan membawa permata hatinya menonton wayang.  Mungkin telah yakin yang dia telah bersedia.  Saya yang sememangnya telah lama menggeletek apalagi, menyambut baik pelawaan adik ipar.  Maka buat pertama kalinya kami menjengah ke panggung wayang dengan kehadiran sama Buah Hati.  Hanya kami berlima sahaja yang pergi dan semestinya panggung wayang yang menjadi pilihan adalah di One Utama.

Saya menyarankan supaya GM ikut sekali.  Amat penting kerana sekiranya si Buah Hati meragam, kami ada back up.  Sedia maklum, Buah Hati dan GM adalah seperti belangkas.  Oleh itu adalah lebih baik kami menyediakan payung sebelum hujan.  Walaupun GM pada awal berat hati tetapi tetap mengikut kerana saya yakin pada saat itu, GM juga tidak sabar untuk melihat gelagat yang bakal dipertontonkan oleh Buah Hati sewaktu melangkah ke dalam panggung wayang.  Cerita yang kami pilih adalah Alvin and The Chipmunk 2 dan kami memilih cerita ini kerana merasakan ianya santai dan sesuai untuk Si First Timer

Sayang punya pasal, siap sanggup ambil satu kerusi khas untuk Buah Hati.  Biarlah berbayar asalkan dia merasa selesa dengan pengalaman pertamanya.  Cuma agak sayang kerana kami terpaksa menonton di TGV One Utama.  Kalau ikutkan kitaorang lebih selesa di GSC One Utama kerana ruang kerusi yang besar.  Oleh kerana tiket di GSC telah habis maka kami beralih ke TGV.  Sepanjang perjalanan, Buah Hati seronok yang amat sangat.  Mungkin dia faham yang akan melalui satu pengalaman baru.  Keghairahan mula ditunjukkan sejak meninggalkan rumah lagi. 

Dia yang bakal melalui pengalaman pertama, kami berempat pula yang berdebar.  Takut juga tiba-tiba dia menjerit ke sebab gelap atau sibuk nak keluar sebelum tamat cerita.  Sebelum masuk, macam-macam kata dah kami tanam ke dalam kepala anak seorang itu.  Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang diluar jangkaan sepanjang menonton.  Lagak seperti dah biasa sahaja budak tu.  Muka selamba seolah dia memang tahu begitulah panggung wayang.  Mujur jugalah penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan kami agak meluas, maka Buah Hati boleh jugalah memahami apa yang dipertuturkan.  Yang tak tahan bila semua orang ketawa dia pun ketawa dan ketawa dialah yang paling besar.  

Seronok melayan pengalaman pertama Buah Hati.  Lepas ni nak buat apa lagilah kitaorang semua dengan dia.  Dah jadi macam bahan uji kaji pula.  Yelah, rumah tak pernah ada kehadiran budak kecil tatkala kitaorang semua ni dah besar gajah, maka kasih sayang tu tertumpah pada yang seorang tu sahajalah.  Sedikit gambar yang ingin dikongsi cuma kualiti gambar tidak sebegitu bagus kerana mengguna kamera telefon bimbit.

Bergambar sebelum keluar rumah.  Sama pula warna baju kitaorang

Sessi penempatan tempat duduk untuk keselesaan Si Kecil

Pop corn khas untuknya.  Bergaduh dengan Mamanya berebutkan Pop Corn

Berkongsi cerita dengan Wan tersayang

Lampu mula suram dan kitaorang berdebar-debar.  Risau dia menjerit ketakutan.  Alhamdulillah, tenang sahaja walaupun riak muka berubah sedikit.

Khusyuk menonton sambil menikmati jagung secawan

Dah penat duduk, berdiri pulalah gayanya

Dah mula bosan, maka berkalih ke tempat duduk Ayu Bam Bam

Setelah tamat, kami meluangkan masa berjalan sebentar di One Utama dan menikmati juadah makan malam di Restoran Peranakan.  Kami tergesa-gesa untuk balik kerana tidak mahu melepaskan peluang menonton AJL.  Abang turut serta sewaktu kami makan-makan kerana dia baru sahaja pulang dari memancing.  Hari sebelumnya dia pergi memancing di Perak.

Kuda ni tak boleh bergerak.  Dah rosak mungkin maka diaorang ambil gambar sahaja

Lapar agaknya setelah hampir dua jam duduk di dalam panggung yang sejuk.  Bersungguh-sungguh dia makan malam tu.  Alhamdulillah!!!

Bukan Buah Hati sahaja yang beria-ia makan, kitaorang yang berperut besar ni pun sama sahaja.

  Kalau dah cucu kesayangan memanglah macam tu.  Tak boleh nak berpisah langsung

Teruja betul dia nak bergambar dengan poster ni.  Yelah, baru lepas menontonkan mesti kenal poster yang besar ini.  Poster ini berdiri megah di hadapan kedai Big Apple
  
Apa pun kami memang seronok, maka bolehlah selepas ini menonton lagi bersama...

nota:  carca marba pula rasanya. Tajuk bahasa lain, cerita bahasa lain...

No comments :

Post a Comment