Followers

Wednesday, December 16, 2015

::Kenangan PMR::

Tak tahu nak buat apa sebenarnya, tu yang menempek di sini.  Hala butir bicara pun tidak dapat dipastikan lagi.  Yang saya tahu, kebosanan dan kebuntuan sedang menghambat diri.  
 
Hakikatnya, tak terluah apa yang bersarang dalam kepala.  Mungkin kerana itu juga sakit lambat pergi :[  Berat dugaan saya kali ini.  Doakan segala yang terbaik kurniaan dari Allah SWT buat saya dan keluarga.
 
Semalam result PT3 keluarkan?  Tapi macam tak ramai yang update di FB berbanding UPSR tempohari.  Mungkin kenalan saya tak ramai anak mereka calon PT3 atau barangkali format peperiksaan baru, keputusan akhir tidak penting.  Entah, saya masih belum adapt sepenuhnya PT3 ni.  Zaman saya PMR :]
 
Imbau kenangan PMR saya, usaha taraf biasa-biasa.  Entah kenapa saya tidak letak harapan tinggi untuk dapat keputusan baik berbanding UPSR.  Barangkali faktor sekeliling terutama rakan-rakan, sekolah dan juga keluarga.
 
Maksud di sini bukannya faktor sekeliling saya teruk atau menjatuhkan saya tapi ia lebih memberi pengaruh kepada semangat.  
 
For instance keluarga, of course mereka sentiasa nasihat dan dorong untuk dapat keputusan cemerlang tetapi saya tahu samada keputusan baik atau tidak, saya tidak akan ke mana-mana.  Saya akan meneruskan persekolahan saya di sekolah yang sama.  Oleh itu dapat result okay atau tidak saya tetap okay.  Jangan gagal sudah..Hehehhe...
 
Persaingan rakan sekolah pun bertaraf biasa.  Kami lebih fokus untuk lulus dan terus ke tingkatan 4.  Lagipun pada waktu itu kegiatan Kokurikulum saya lebih menarik minat, maka saya hanya memandang sipi akan PMR.
 
Terukkan saya?  Waktu tu mana fikir sangat.  Kemalasan pun bermaharajalela.  Homework dibekal guru kerap tuang.  Agak-agak nak kena denda cepat-cepat tiru.  Ditambah pula dengan pemilihan kelas untuk Tingkatan 4.  Saya diberi input cukup sekadar gred D untuk semua subjek dah boleh masuk kelas tersebut.
 
Tapi bila peperiksaan semakin hampir, bergetar juga kepala lutut.  Buat revision mana yang patut.  Paling tidak nak juga nampak kelibat "A" dalam slip keputusan.  Mujurlah 3 batang "A" menyangkut.  
 
Padanlah untuk orang yang less effort seperti saya.  Bila fikir-fikir balik, kalaulah saya tambah sedikit lagi usaha dan tidak lalai setakat 5-6 "A" boleh dapat.  Terus tekad akan buat lebih baik untuk SPM.
 
Berbekal keputusan sedemikian, ada guru bertanya kenapa tak mohon masuk aliran lebih baik dari apa yang dipohon atau paling tidak cuba nasib apply sekolah teknik.  Teruja juga cadangan ke sekolah teknik tapi bila beri usul pada GP kena tolak.
 
Makanya teruskan sahaja bersekolah di sekolah sedia ada dan aliran yang saya minat.  Memang benar PMR tidak bawa saya ke mana-mana tetapi sebenarnya PMR adalah satu pintu laluan untuk pelajar lebih fokus hala tuju pembelajaran.
 
Dengan subjek-subjek yang dipilih untuk SPM akan membantu pula pelajar buat keputusan kelak untuk masuk universiti.  Tak pasti pula samada PT3 masih kekal sama seperti PMR atau sudah berubah wajah.  
 
Itu serba sedikit kenangan saya menduduki PMR.  Seronok sebenarnya bila ingat balik terutama bila kena buat coursework bagi subjek Sejarah, Kemahiran Hidup dan Geografi.  Coursework pun saya buat separuh hati.  Janji siap sudah!
 
Puaslah guru kejar dan nasihat supaya buat baik-baik.  Ada rezeki boleh bantu gred kelak tapi waktu tu zaman telinga tuli.  Cikgu cakap apa pun tak penting.  Yang penting saya hantar...hahahaha...
 
Kalaulah ada adik-adik yang baca coretan saya ini jangan contohi perangai Akak.  Just commit with your study.  Nak kata akan menyesal tu taklah tapi we deserve something great during our student life dan dengan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan adalah sesuatu yang terbaik buat anda.  Percayalah!
 
Mungkin ia tidak akan bawa kita ke mana-mana tetapi one fine day bila tengok balik slip keputusan mesti terselit rasa bangga bila kita berjaya excel.
 
Haish, rindu pula kenangan persekolahan.  Saat di mana tiada apa perlu dibebani tapi waktu tu sibuk nak tinggalkan alam persekolahan.  Tak sabar nak jadi dewasa katanya, walhal serius tak best jadi orang tua!
      


nota:  waktu terus berputar....
 
 

No comments :

Post a Comment