Followers

Wednesday, December 9, 2015

::Mencari Ruang::

Terlalu lama ruang terbiar sepi!  Mencari arah dalam kemelut berterusan menggagalkan otak separa kreatif untuk terus berfungsi.    

Kesihatan tidak berapa baik seminggu dua membuat saya berfikir dan berkira dalam pelbagai perkara.  Mungkin kerana itu Allah turunkan sakit supaya tenang di pembaringan sambil menimbang seribu satu perkara dilalui.

Entah kenapa hari ini saya di sini.  Barangkali tercuit kerinduan untuk memuntah beberapa patah ayat, mana tau sedikit tuah menyebelahi lantas membuka ikatan kejap yang masih tersimpul hanya dengan mencanai bicara.

It's not easy being me and far hard to be in other shoes.  Tak perlu mengerling cemburu kebahagiaan dan limpah kurnia orang lain tatkala diri sedang diuji badai yang entah bila akan berhenti.

ALLAH itu ada.  Dia terlalu arif dengan percaturan yang dikurnia.  Tiada dugaan hadir di luar batas kemampuan, cuma rahsia disebalik perkara berlaku perlu digali demi merungkai penyelesaian.

Masih relevankah ruang ini buat diri yang agak bakhil untuk berkongsi kisah? Tanpa disedari, ramai juga mula memperlahankan langkah bicara dek putaran masa yang berputar laksana sekerdip mata.  

Nantikan sahaja jika panjang usia, sihat tubuh badan, minda segar mungkin saya kembali rancak kerana tidak dinafikan di sini ianya sebuah meditasi untuk meringan segala terbeban.

Wassalam..




nota:  melalut...





  

No comments :

Post a Comment