Followers

Thursday, December 17, 2015

::Mana Janji??::

Dah bertahun (rasanya sejak pilihanraya lalu) kita tak habis merungut dengan segala macam ketidak tepatan janji Kerajaan terutama isu taraf kehidupan rakyat.  Obviously, kita semua terbeban dengan peningkatan pelbagai harga.

Dalam minggu ni juga saya dengar menerusi radio, Kerajaan Malaysia bangga berjaya mengutip berbilion ringgit dari GST.  Persoalannya ke mana hasil GST dilaburkan?

Setakat hari ini, tiada pembaikan pembangunan prasarana, semakin banyak subsidi dipotong, bakal menaikkan beberapa servis kerana Kerajaan tidak mampu tampung dan banyak lagi yang  bakal merebahkan rakyat Malaysia.

Semalam ada beberapa teman pula meluahkan rasa tidak puas hati bilamana Kerajaan berjanji untuk tidak mengenakan GST lagi bagi pembelian kad prabayar (top-up phone) tetapi caj tetap dikenakan juga.

Bil telefon saya post-paid maka tak ambil tahu sangat hal ehwal prepaid tapi bila ada yang dah berbunyi nak tahu juga kebenaran.  Tanya pada rakan-rakan lain yang masih beli top-up, memang benar penjual masih lagi kenakan GST.

Hmm...mana silapnya?  Siapa sebenarnya yang bersalah?  Atau adakah apa sahaja arahan Kerajaan tidak lagi akan dipatuh dek hilang rasa hormat?  Apa pun beban digalas penuh rakyat marhain.


Gambar ini saya ambil dari FB.  Terang tanpa perlu bersuluh harga kembali asal 1 November lalu.  Kenapa sehingga hari ini pengguna tetap membayar lebih?  Mungkin penjual ambil kesempatan.  Apa kata ramai-ramai buat aduan.

Terus terang, segala janji manis ditabur pilihanraya lalu hanya tinggal hampas hempedu. Segala kata demi raih undi tinggal dalam kotak undi dan dikunci kemas untuk dikeluarkan pada kempen akan datang...Huhuhu...

Ramai kenalan dan saudara-mara mengharapkan keadaan lebih baik bagi 2016.  Tak tahan dah dengan kehidupan yang begitu menjerut sepanjang 2015.  Insyaallah, Allah sentiasa mendengar doa hambaNya




nota:  tak putus-putus berdoa...  

No comments :

Post a Comment