Followers

Wednesday, July 14, 2010

::Hari Lahir::

Biasalah, kalau pemalas memanglah segalanya bertunda.  Takkan ada satu pun yang akan ikut kronologi waktu.  Oklah, selain hujung tahun bulan Jun juga adalah bulan yang penting dalam diari hidup saya.  Ini kerana dua orang yang saya sayang amat menyambut hari lahir dalam bulan Jun.  Sebagai tanda kasih sayang saya kepada mereka ini, saya memberi mereka setiap satu entri di dalam blog saya.  Selain keluarga tercinta, mereka juga adalah sebahagian dalam hidup saya.  Kepada yang setia mengikut saya melalui laman sesawang ini, berjinak-jinaklah juga mengenali mereka ini kerana di lain waktu mereka ini pasti akan memenuhi ruang entri saya.

Saya mulakan dengan yang pertama dahululah, yang kedua Insyaallah akan menyusul kemudian.  Dia yang saya maksudkan adalah kawan baik saya Fieza dan akan dikenali sebagai 'Miss Vogue Babe (MVB)' selepas entri ini.  Di pendekkan cerita, MVB menyambut hari lahirnya pada 07 Jun dan setiap tahun sebagai sahabat saya tidak pernah lupa untuk meraikan hari lahirnya.  Saban tahun saya akan cuba membuat kejutan buat dirinya.

Cumanya untuk membuat kejutan di luar kawasan agak sukar kerana komitmennya terhadap kerjaya dan juga sekiranya saya mengajak dia keluar pada hari berkerja pasti MVB akan berasa pelik yang amat.  Dia pasti akan dapat mengagak ada sesuatu untuknya.  Beberapa perancangan di atur dan pasti melibatkan seorang lagi sahabat kami CPR.  Setelah memilih apakah yang harus dilakukan serta bilakah masanya, maka kami beramai-ramai menanti detik yang dinanti.

Kebiasaannya kami akan membuat kejutan sehari sebelum ataupun pada detik tengah malam tetapi tahun ini kami merancang untuk melewatkan sehari.  Kata sempena nak menyambut tahun yang ke-30 (ye kawan-kawan, kami telah menginjak ke angka keramat yang bakal membawa banyak perubahan di dalam hidup).  MVB melewati hari lahirnya tanpa sebarang panggilan telefon dari kami dan tiada sepatah ucapan dari kami.  Itu memang telah dirancang supaya VB akan merasa pelik.  Lagipun kami biarkan dia berseronok menyambut hari gembiranya dengan rakan-rakan di luar. 

Malam menjelang dan kami telah pun membuat persiapan ala kadar.  Agenda utama adalah menyerbu rumah MVB pada waktu malam.  Kami membeli makanan dan sebiji kek.  Perancangan akan bermula selepas waktu kerja CPR.  Alhamdulillah, walau kami bertiga yang berkawan baik tetapi orang disekeliling kami juga turut serta merestui persahabatan kami.  Makanya suami CPR juga turut serta, Abang, Ayu Bam Bam, MTD, Raymie, Mamat Solo dan juga dua orang kenalan rapat MVB, Kak Zaree dan Kak Ratna.  Seperti biasa kami sememangnya kumpulan kecil yang amat happening dan pening juga jika orang luar melihatnya.

Kejutan kali ini dikira menjadi kerana MVB tidak dapat menghidu sebarang muslihat yang ada.  Saat kami menyerang, MVB amat terkejut dan langsung tidak menyangka.  Apa lagi kami masing-masing naik hantu walaupun ketika berada di rumah orang di tengah malam.  Mujur juga rumah MVB ibarat rumah kedua kami semua, jadinya tidak kisahlah sekiranya kami menghuru-harakan keadaan.  Apa pun, kami harus berterima kasih yang tidak terhingga buat Cik dan Pakcik yang selalu sporting dan tidak pernah jemu melayan kerenah kami anak-anaknya.  Dengan rela hatinya saya berkongsi gambar yang ada di dalam koleksi saya.

"Sebelum menyerang kita berkumpul dan bergambar bersama"


Macam rombongan meminang pun ada kitaorang ni



MVB terkejut dan kami menghuru-harakan keadaan yang sedia kacau bilau.  Cik pun antara yang melakukan perancangan


 
Masih dalam keadaan terkejut tetapi kek yang ada tidak dilupakan



Biasalah, mesti bergambar sebelum memulakan acara yang lain.  Muka masing-masing yang penuh keterujaan

 
Alamak!!! Malau nak potong kek ke.  Inilah dia orangnya yang diraikan aka MVB


 
Seorang lagi sahabat saya, CPR.  Walau umur dah tua tetapi hati kami tetap muda.  Maaf CPR, sehingga hari ini kami masih lagi berhutang untuk meraikan sambutan hari jadinya.  Apa pun CPR tetap terbaik antara yang terbaik.

 
Sibuk mengatur hidangan yang kami bawa.  Macam nak buat kenduri besar-besaran gayanya

 
Menu:  Nasi Lemak Kg Bharu, Satey, Kuih-Muih dan Pencuci Mulut.  Gambar sewaktu menikmati makanan tiada di dalam koleksi, biasalah asyik masyuk makan kamera semua letak tepi



Secara rasminya pada hari tersebut kami bertiga telah mencecah ke usia 30.  Semakin jauh dunia remaja kami tinggalkan

 
Bertiga lebih baik.  Alhamdulillah persahabatan kami telah terjalin lebih 15 tahun.  Tiba-tiba teringat entri seorang blogger popular, Kak Mya mengenai persahabatan yang pasti tidak akan kekal lama sekiranya bertiga.  " Tapikan Kak, Alhamdulillah kami bertiga sehingga hari ini kekal bersahabat walau masing-masing susah untuk bersua muka.  Saya doakan moga akak bertemu dengan mereka yang layak bergelar sahabat"



Kami bertiga yang sememangnya amat mesra dengan Abang. 

 
"Terima kasih ye Mie sudi hadir pada malam tu"

 
Bersahabat ibarat bercinta.  Sayangi sahabat seperti kita menyayangi diri kita sendiri dan ikhlas dalam persahabatan.  MVB bukan sahaja sahabat tetapi dialah teman ketawa, menangis bersama, seorang kakak di tempat yang perlu dan menjadi adik pada situasi yang tertentu.  Moga Allah melindungi persahabatan kami selamanya.



Bila rindukan mereka, saya sering melihat gambar-gambar kami bersama.  Benar kerana tuntutan masa dan kerjaya kami tidak lagi dapat menghabiskan masa seperti dahulu tetapi saat yang dilalui akan sentiasa di kenang dan menjadi memori indah dalam kehidupan kami bertiga. 



Bersama Ayu Bam Bam dan MTD yang memeriahkan suasana sebelum kami pulang


nota:  ucapan khas ditujukan buat teman tersayang:  Moga dirinya sentiasa dilindungi dan berada di dalam kerahmatan Allah SWT.  Biar detik meniti laju, biar masa berlari laju namun ikatan persahabatan yang telah lama terjalin ini tidak akan pudar dimamah usia.





No comments :

Post a Comment