Followers

Friday, July 2, 2010

::Tak Suka Bila::

Sambil menantikan emosi stabil dan mengembalikan mood yang ceria, saya dengan rela hati membuat tag ini.  Tag ni datangnya dari Diana aka GirlGirl.  Tag ni diilhamkan oleh beliau sendiri, makanya apabila dia telah Tag saya, dengan berbesar hati saya menerimanya.  Terima kasih ye dik.. :)


Tag ini di beri nama "AKU TAK SUKA BILA..." kita cuba luahkan rasa ketidakpuasan hati melalui tag ini ye dan cuba jawab sejujurnya. 


TAK SUKA BILA:

1)  Time Shopping
- bila waktu nak shopping, saya amatlah tidak suka bila Sales Assistant (SA) buat muka tidak ikhlas untuk memberi servis.  Dengan tak ada senyuman, malas, tak suka bila orang bertanya dan dalam masa yang sama bila kita pegang cepat-cepat dia betulkan balik seolah kita ini punca tempat bekerja dia bersepah.  Sebagai pelanggan kita ada hak apa untuk sentuh barangan yang kita nak beli.  Lagi satu tak suka bila SA memandang serong seolah-olah kita tidak mampu untuk membeli barangan tersebut.  Kepada sesiapa yang bertugas sebagai SA, tolonglah berkhidmat dengan ikhlas dan rajin-rajin menghulurkan senyuman.  Dengan duit yang pelanggan beri inilah buat bayar gaji SA sekalian ye.

2)  Time memandu/naik kereta
-  Kalau memandu, rasanya pernah jawab dalam entri ini.  Kalau rajin nak selak dialu-alukan.  Tetapi jika naik kereta atau menumpang orang saya amatlah tidak suka kalau kena duduk di belakang..he..he..he..pening kepala sebenarnya.  Sebab kesan pemanduan yang laju, efeknya akan terasa lebih pada yang duduk di belakang.  Tetapi tidaklah sampai tidak boleh duduk di belakang langsung, perkara-perkara ini boleh disesuaikan mengikut keadaan dan masa.

3)  Time makan
-  Tidak suka bila tengah makan orang sibuk bercakap tetapi mulutnya penuh.  Akibatnya bila bercakap bersemburan merata.  Geli tau!!!Jadinya, janganlah bercakap kalau mulut tengah penuh dengan makanan.  Saya hanya akan makan sekali sahaja dengan orang begini.  Tiada untuk kali yang kedua.

4)  Time naik public transport
-  Lama juga sebenarnya tidak naik public transport.  Zaman sekolah pengangkutan ni memang popular,  Jadinya luahan ini berdasarkan pengalaman lamalah.  Saya paling tak suka bila tengah bersesak-sesak dengan orang ramai dalam pengangkutan awam sekali ada pula mamat-mamat yang tidak bermoral sibuk bergesel.  Sudahlah bergesal, kalau boleh nak rapat yang ibarat melekap.  Kalau bau badan menyenangkan pun satu hal jugak.  Ini dengan beraneka bauannya.  Memang jawabnya saya sendiri akan buat-buat nak turun dan beredar dari tempat tersebut.  

5)  Time Kerja
-  amatlah tidak suka bila kerja-kerja yang tertunggak berpunca dari orang lain.  Kita nak bergerak untuk menghabiskan kerja pun tak boleh.  Kena tunggu semuanya siap barulah kita pula boleh siapkan bahagian kita.  Bila dah macam tu, bukannya diaorang ni tahu nak beri awal.  Bila dah nak sampai masa nak kena hantar pada pihak yang lain barulah terhegeh-hegeh nak buat.  Akhirnya kita jugalah yang kena marah sebab katanya kita yang lewat.

6)  Time Masak
-  secara lahiriahnya saya tidak suka memasak.  Ini kerana saya tidak cekap dan sekiranya saya hendak memasak, silalah isi perut dahulu.  Memasak di tangan saya ibarat berzaman baru siap.  Katakan hendak makan malam, saya akan memasak dari pukul 2 petang dan bila jarum jam mencecah jam 7 barulah saya boleh siap memasak agaknya.  Itupun kalau bernasib baik.  Kalau tidak mahu pukul 9 baru boleh menikmati santapan.  Kalau tak percaya silalah bertanya dengan mereka yang rapat dengan saya terutamanya adik-adik saya.

7)  Time Tengok TV
-  saya tidaklah suka bila alat kawalan jauh televisyen (TV) tidak ada di tangan saya.  Kepantangan mungkin.  Ini kerana saya amatlah melekap dengan TV dan saya yang akan mengawal segala siaran.  Menonton TV adalah sebahagian dari kehidupan, kerana itulah saya mempunyai siaran Astro sendiri yang tidak dikongsi dengan orang di rumah.  Kalau orang nak tumpang tengok TV tiada masalah cuma janganlah pegang alat kawalan jauh tu ye  

8)  Time Tidur
-  tidak suka bila tengah tidur orang pergi padam lampu.  Saya tidak boleh tidur di dalam keadaan gelap.  Tak biasa kerana sejak dari kecil lagi paling tidak mesti ada nyalaan pelita.  Arwah Mak dan Onyang mesti nyalakan pelita sepanjang malam.  Malanglah sesiapa yang bakal sebilik dengan saya.

9)  Time Dating
-  kalau waktu ni apa yang tak suka yek??  kata bila berjumpa, bercinta semuanya indah belaka...wah..wah...ok dah tau.  Saya amatlah tidak suka bila berdating ajak pergi duduk taman bunga ke, tepi tasik ke.  Lepas tu duduk merenung taman dan mulalah bercerita konon-konon begitu, begini.  Ini adalah satu pengakuan.  Saya tidak pernah pergi dating di taman bunga atau tepi tasik.  Pernah cuba tetapi tak boleh bertahan lama.  Kurang dari 20 minit dah ajak balik sebab rasa pelik nak duduk dating di tempat sebegitu.  Lainlah kalau tujuan beriadah seperti jogging.

10)  Time Beratur di Kaunter Pembayaran
-  ini rasanya semua orang pun lebih kurang sama.  Kita tidak suka apabila orang yang suka potong barisan.  Kita ni dahlah lama menunggu, sekali orang macam ni datang buat bodoh saja terus ke depan.  Kalau tahu nak cepat datanglah awal macam kita jugakan 

11)  Sila TAG 5 orang yang bakal meluahkan perasaan tidak suka mereka.  Saya dengan gembiranya tag mereka ini:

a)  Liessa
b)  Fieda
d)  Rosze
e)  Kak Mya

Alhamdulillah dah selesai menjawab tag.  Terima kasih sekali lagi untuk Diana

 nota:  sesiapa yang suka nak buat tag ini amatlah dialu-aluakan juga

2 comments :

  1. uishh akak kena tag eh..
    nanti akak buat yer yang.. tq :)

    ReplyDelete
  2. thanks akak sebab sudi bt tag sy.. hehehe

    ReplyDelete