Followers

Wednesday, October 27, 2010

::Sabar Menanti::

Di sebabkan saya masih lagi bertatih untuk mewujudkan watermark di dalam setiap gambar yang akan terpampang di sini, makanya entri baru terpaksa saya bekukan buat seketika.  Ini kerana saya harus mengemaskan diri saya dengan kaedah tampal menampal secara visual.  Sejak dua jam yang lalu saya hanya berjaya menghasilkan kurang dari lima keping gambar yang mempunyai watermark.  
 
Tumpuan harus saya berikan supaya kelak dapatlah saya menggunakannya dengan cekap dan tanpa meminta bantuan sesiapa pun.  Terima kasih Macho Man di atas kesudian memberi tunjuk ajar yang kesekian kalinya.  Lagi pula emosi saya sedang bercampur baur oleh itu kesungguhan untuk menarikan jemari terasa begitu janggal.  Moga esok kestabilan emosi amatlah dituntut supaya perjalanan kehidupan pada minggu ini tidak akan hambar...  Bagi yang menantikan (jika ada) saya menuntut kesabaran dari anda semua... ;)

 
 
 
 
nota:  hampir pasti saya akan menganjurkan Giveaway, cuma bilakah ianya saya belum lagi dapat memastikan..

No comments :

Post a Comment