Followers

Thursday, June 21, 2012

::Doa-Doa Yang Afdal::

Email diperoleh dari kumpulan Yahoo Penawarku yang diambil dari iluvislam.com.  Moga kita sama-sama peroleh ilmu dari petikan artikel ini

Berdoa akan mewujudkan rasa penghambaan kita kepada Allah.Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya memohon kepada Pencipta kita, Yang Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.Antara perkara yang perlu dititik-beratkan ialah adab-adab berdoa seperti menghadap kiblat, berwuduk, mengangkat tangan dan suara  sederhana.
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." [7:55] 
Cara yang terbaik dalam berdoa adalah seperti yang Allah ajarkan kepada ahli syurga,
"Doa ucapan mereka (di dalam Syurga) ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan. Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah Segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." [10:10]


Doa-Doa Yang Afdal
Sebaik-baik doa adalah doa-doa daripada Al-Quran, kerana ayat-ayat Al-Quran itu sendiri adalah kalam Allah (kata-kata dari Allah). Contohnya, doa Nabi Ibrahim di dalam surah 14:35-41.
Antara doa-doa di dalam Al-Quran
Doa supaya tidak berputus asa [Maryam:4]
Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan [Thaha:25-26]
Doa mohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan [Kahfi:10]
Doa mohon keampunan atas kesalahan meminta sesuatuyang tidak diketahui hakikatnya [Hud:47]
Doa mohon diberi keputusan yang baik [A'raaf:89]
Doa mohon kasih sayang untuk ibu bapa [Isra':14]
Doa mohon dihindarkan dari fitnah dan diselamatkan dari tipu daya orang kafir [Yunus:85-86]
Doa memohon kesejahteraan dunia dan akhirat [Baqarah:201]
Doa memohon keampunan dan rahmat [A'raaf:23]
Doa memohon agar diterima amalan [Baqarah:127]
Doa dicukupkan keperluan [Taubah:129]
Doa mohon agar mensyukuri nikmat Allah [Ahqaf:15]



 Imej dari Google Image

nota:  Insyaallah dijadikan amalan..

No comments :

Post a Comment