Followers

Thursday, September 13, 2012

::5 Syawal - 8 Syawal::

Syawal hampir melabuhkan tirai, sebelum berakhir saya sambung ceritera Hari Raya.  Itu pun dah ada yang saya lupa.  Semakin lama semakin surut nilai memori ini,hurmm..Dah tua!  Asal jangan menghidap Alzheimer sudah..he..he..he..Insyaallah, tidak.

Entri ini sebenarnya kesinambungan dari entri ini.  Belum basi lagikan!  Masih ramai antara kita berkongsi kisah raya, saya menambahkan kemeriahan yang ada.

5 Syawal
Tiada perancangan khusus.  Pada mulanya kami pakat mahu pulang ke Perak, tetapi GM tidak berapa menggalakkan dek situasi semasa yang tak mengizinkan.  

Oleh kerana tiada ke mana-mana, Abang ajak pulang ke rumahnya.  Boleh saja!   Nanti petang-petang sambung jalan raya lagi.

Masih dalam suasana hari raya, keluar rumah sarung kebaya sekali harung dengan Beautiful.  Terasa mampat segala.  Sepanjang seminggu beraya, tak culas memakainya.  Takut badan naik, konon!  

Tujuan memakai pakaian sopan, kerana ada perancangan untuk pergi beraya selepas ke Sentul.  Tetapi program berhari raya terpaksa dibatalkan.  Abang mahu menziarah ibu saudaranya di hospital Senawang.

Sekali jalan dengan Nisa, hampir jam 3 petang juga baru sampai ke destinasi.  Maaf, tiada gambar.  Sebelum pulang singgah sebentar di rumah ibu saudara Abang di Senawang.

Lebih kurang jam 6 petang, bertolak balik ke Kuala Lumpur.  Alhamdulillah, tiada sebarang aral menganggu perjalanan.

6 Syawal 
Dari awal, GM beritahu Ayu Bam Bam menjemput rakan-rakan datang beraya ke rumah.  Terlanjur masak, GM pelawa sekali saudara-mara yang ada.  

Tak adalah awal sangat mereka sampai.  Okay juga, tidak terkocoh-kocoh menyiapkan makanan.  Seronokkan melayan tetamu di musim perayaan.  Macam-macam cerita ada!
GM hidangkan bihun soto.  Makanan wajib hari raya mestilah ada, rendang ayam bersama nasi himpit dan kuah kacang.  Lain-lain biasa sahaja, kuih-muih serta makanan ringan.  

Lama juga mereka semua bersantai.  Selepas Maghrib, misi berhari raya mereka halakan ke rumah Ninie pula.  Dengan senang hati saya menemankan mereka semua.


Ninie hidangkan selera barat, Pizza.  Bukannya apa, kes tak sempat masak macam itulah gayanya.  Tetapi hidangan sebegini cepat habisnya tau.  


Yalah, tetamu pasti jemu dengan hidangan ulangan.  Setiap rumah lebih kurang sama sahaja.  Nama pun raya.
 Sempat jugalah Ninie menangkap gambar.  Terasa kemeriahan di teratak comel Ninie sekeluarga


Bersama makcik-makcik dan adik-adik.  Mereka semua sepupu GM kecuali yang berbaju kelabu.  Itu adik saudara saya.  Lagi dua di belakang itu kenalkan, Ninie dan Siti Cutie :) 


Antara yang hadir!  Ramai lagi sebenarnya tetapi malu untuk turut serta.  Apadah...Mereka ini semua anak, cucu-cicit kepada kakak Allahyarham Nenek saya.


Selesai di rumah Ninie kami sekeluarga menuju ke Klang pula.  Mereka semua tidak turut serta, hanya kami sahaja.  

Di Klang pun rumah sepupu GM juga.  Dua buah rumah lagi.  Dahsyatkan pergi beraya ke rumah orang jam 10 malam.  Nasib baik biasa lakukan, kalau tidak mahu kena halau dengan tuan rumah.

Huhhh...hari yang penuh dengan makanan.  Di rumah Opah iaitu rumah pertama, Along(makcik) saya sediakan tomyam kuetiaw, bubur kacang hijau dan puding karamel.

Nak tak nak, kena juga makan.  Kasihan mereka sekeluarga bersusah-payah menyediakannya.  Sayangnya tiada gambar sewaktu berada di rumah Opah.

Dari sana, kami ke rumah Angah(makcik) pula.  Along dan Angah ni adik beradik dan mereka anak adik lelaki Allahyarham Nenek saya.  Sebab itulah mereka pangkat sepupu dengan GM.

Nek Long, Nenek Saya dan Tok Mat telah tiada lagi.  Ketiga-tiga mereka inilah anak kepada Allahyarham Onyang saya.  Hari ini, hanya tinggal kami semua bagi meneruskan tali sillaturrahim sedia ada.  

Moga apa yang telah ada akan bertambah erat dan ukhwah bertambah kukuh hendaknya.  Siapa lagi kita ada di dunia ini, betul tak?

Angah pula sajikan nasi ayam.  Bayangkan, nasi ayam jam 12 tengah malam?!  Layankan sahaja.  Hari raya setahun sekali.  Entah bila pula keriuhan sebegini dapat dirasai.  Gemuk-gemuk belakang cerita.

Ha, di sini kami sempat bergambar!
 Inilah Along saya :)


  Cerianya semua, walhal dekat jam 1 pagi


 Riuh bersama.  Angah saya yang bertudung merah jambu duduk bersebelahan Ninie.  Lain-lain dalam gambar anak-anak Along dan Angah.  Ini pun tak lengkap semuanya.

Dekat jam 2 pagi juga sampai rumah, itu pun menghantar Abang dahulu.  Kasihan dia, raya kali ini dibelenggu demam tak kebah-kebah.  Sewaktu beraya di Klang, dia duduk monyok di tepi.

7 Syawal
Tempat pertama dituju, kenduri kahwin adik sepupu Abang di Gombak.  Awal juga sampai, sebelum 1 petang.  Orang pun belum ramai tiba.  Lama juga di sana, Abang tunggu adik-beradiknya semua sampai.


Sessi makan hidangan kenduri.  Tengok Nisa..he..he..he..semua gambar yang ada mesti dia tengah menyuap.  Tapi letak dua keping cukuplah ya.  Makan untuk dua oranglah katakan.  Hidangan istimewa, kambing golek tapi saya tak makan kambing!


Teruknya muka!  Eh, Afiq dengan Rana pun tumpang sekali =)


Dari Gombak, perjalanan di hala ke Kota Damansara semula tetapi bukan untuk pulang.  Edisi berhari rayalah!  Rumah sepupu GM, Cik Ani.  Dekat pukul 4 petang juga sampai sana.

Cik Ani menjamu kami dengan laksa yang sangat-sangatlah meletup rasanya.  Malangnya, perut telah penuh dengan nasi minyak.  Di tambah pula telah diikat dengan Beautiful..ha..ha..ha..

Hanya mampu makan sekali sahaja.  Cik Ani memang pandai masak, ada sahaja makanan enak setiap kali datang beraya.  Sepatutnya saya minta bekal sedikit!  

Kami tunggu sehingga keluarga Along dan Angah dari Klang tiba.  Semalamnya janji lain, tiba hari sampai tetap lambat.  Biasalah mereka duduk jjjaaauuuuhhhh sangat!  Dah biasa dengan gerabak tertunda mereka ini..ha..ha..ha..
Beramai-ramai di rumah Cik Ani sebelum bergerak ke destinasi berikut

Usai bergembira di sana, kami bertolak pula ke rumah Cik Ayiem di Jinjang.  Juga rumah sepupu GM ya.  Telah saya khabarkan dari dulu, GM anak jati kota.  Saudara-mara semuanya di sekitar bandaraya.  Tak susah!

Makan apa ya di rumah Cik Ayiem?  Owh, rendang ayam istimewa.  Kalau ikutkan dah tak larat untuk makan lagi.  Nak buat macamana, kena jaga hati tuan rumah (alasan).  

Di sini, jumlah saudara makin ramai walau wajah lebih kurang sama bersua di sepanjang minggu.  Yalah, hari ini rumah orang ni.  Esok lusa rumah dia pula.  

Pusingan lawatan antara-antara mereka mana tak sama sahaja wajah di mata.  Yang penting, bergembira.  Anak-anak seronok kumpul duit raya!
Layan gambar sahajalah ya..

  Mereka semua sepupu GM!


Kemeriahan berhari raya sangatlah terasa


Yang berbaju biru itulah tuan rumah, Cik Ayiem dan isterinya


Anak-anak sekarang, tak lekang dengan segala gajet walaupun sibuk beraya.  


 Berposing bersama makcik-makcik, pakcik dan adik saudara


8 Syawal
Ingatkan tak mahu ke mana-mana.  Keesokkannya semua sudah sibuk kembali bekerja.  Tetapi boleh pula Abang sibuk mahu menziarah raya ke rumah Ejump di Batu Caves selepas Maghrib. 

Mereka sekeluarga baru pulang dari Indonesia.  Maaf, tiada gambar!  Asyik berborak, lupa untuk bergambar.  Macho Man dan GM turut serta.  Mereka menjamu kami dengan satey.

Kemudian Abang ajak pulang ke Sentul.  Adik bongsunya buat sedikit jamuan.  Terlanjur keluar, ajak sekali Macho Man datang berhari raya.  Juga tiada gambar untuk disajikan di sini.  Hampir jam 12 malam baru beransur pulang.  

Amacam?!  Seminggu berhari rayakan.  Jadual padat ke sana sini.  Dalam tak ada mood untuk beraya, rezeki perut tetap hadir setiap hari.  

Kemudian, sambung berhari raya selepas seminggu masing-masing pulang ke meja pejabat.  Itu nanti-nanti saya kongsikan di sini.  Panjang benar rasanya entri ini. 

Biarlah entri ini jadi kenangan buat diri.  Kelak semakin lama semakin ia meninggalkan kita.  Memori, kuatlah terpatri hendaknya supaya tidak bisa melupakan segala kenangan terindah.

 








   nota:  semakin hari semakin terguris....

No comments :

Post a Comment