Followers

Wednesday, December 5, 2012

::Sambung Membebel::

Nak kata jenis yang tak ambil kisah tak juga, tetapi saya memang begitu.  After a while, whatever had happen I try to dispute.  
 
Malas nak fikir lama-lama cause time will never stop so lets heal by itself.  Simpan terlalu lama bakal bernanah, lagi parah.
 
Hanya Allah mengetahui segala rahsia tersirat disebalik apa yang berlaku.  Terima kesalahan diri dengan hati terbuka, jangan berhenti berdoa pihak satu lagi berubah.  Kalau tak berubah, ikut sukalah.
 
Sebenarnya ada banyak birthday celebration for the past few weeks.  Biasalah!  Tapi gambar punyalah beribu sampai naik juling nak memilih mana satu.  As usual, I just share few sahaja di sini.  
 
Sekarang nak kongsi di FB pun rasa malas.  Kenapa ya?  Semakin malas untuk bermesra-mesra dengan FB, nikmat satu ketika dahulu hilang.  Update status pun jarang sekali.
 
Itulah manusia, cepat merasa bosan dengan sesuatu perkara.  Why we can't hold those interest forever.  Tidak pernah puas!  Ada sahaja tak kena bila jemu melanda.  Tak tahu bersyukur barangkali?
 
Samada sedar atau tidak kita semua sama sahaja cuma cara intepretasikan keadaan sahaja berbeza.  Jika tidak hari ini, mungkin lain kali akan kita lakukan.  Sudah terkena hari ini, pandai menasihati orang lain supaya tidak turut jejak.
 
Pengalaman membezakan antara kita.  Cara kita mengambil pengalaman tersebut mencerminkan kematangan.  Ada di antara kita hanya selepas berulangkali menghadapi situasi baru sedar yang tersirat.
 
Aduh, kenapa membebel tanpa hala tuju?  Tak kisahlah, sedang melalui proses pencernaan minda.  Meski bukan saya seorang berkata perihal sama, tetapi ini semua datang dari nurani.
 
Juga datang dari segala apa dilalui selama 32 tahun menjadi hamba dunia.  Goosshh!  Tak lama lagi, angka akan berubah.  Tuanya!!  Dulu tak pernah terfikir akan sampai ke usia sebegini.
 
Masih bernafaskah saya lagi 32 tahun akan datang?  Jauh rasanya untuk tiba ke situ tetapi satu waktu dahulu itu jua diperkatakan.  Biar Allah menentukan segalanya..
 
 
 
 
nota:  mahu kembali senyum..
 
 

No comments :

Post a Comment