Followers

Wednesday, December 19, 2012

::Kolagen Asli::

Sana sini sibuk dengan supplement kecantikkan.  Baik secara makan mahupun dengan kaedah penggunaan seperti cucuk dan sapu.  Berpuluh-puluh jenama ada di pasaran dan semuanya menawarkan 1001 kebaikan.

Saya sendiri tidak ketinggalan terutamanya setelah menginjak ke usia yang sewajarnya mendapat perhatian khusus.

Tahu mengenai kolagen asli?  Ramai menyebut Pure Marine Collagen (PMC), ada juga menggelar Ibu Kolagen.

Mula tahu fungsi dan kebaikkan kolagen seawal usia 20-an lagi.  Kerap mengunjungi pusat rawatan kecantikkan memberi sedikit pendedahan mengenainya.

Pernah satu ketika, taksub dengan keajaiban kolagen setelah melihat hasil melalui seorang rakan.  Hampir-hampir juga mencucuk kolagen tetapi tergalang-galang dek ketakutan menguasai diri.

Mujur nasihat pakar meninggalkan sedikit kesan bila dia mengatakan kolagen hanya sesuai bagi usia  20-an ke atas.

Harga suntikan pada waktu itu fuuhh!!  Ribuan ringgit harus dilaburkan termasuk sekali dengan suntikan Vitamin C.  Perempuan kalau nak cantik punya pasal, sanggup buat apa sahaja.

Hari ini pengaruh kolagen semakin meluas.  Hampir kesemua produk kosemtik ada set khusus dengan kolagen dan sudah pasti ianya mensasarkan wanita berusia 30-an.

Kerap kali terfikir untuk mencuba tetapi keraguan kuat menguasai.  Lagi pun bila melihatkan harga semuanya boleh tahan mahal, pendam sahaja niat.  

Entah macamana, GM bertanyakan bagaimana mahu mendapatkan kolagen asli.  Dari beli pil harga berpuluh-puluh, mencecah ratusan pun ada, baik makan yang asli.

Biasalah, orang tua mana ada masalah untuk menelan rasa pelik-pelik bagai.  Kalau telur mentah pun boleh telan, apatah yang lain-lain, setakat petik jari.  

Kebetulan junior sekolah ada menjual namun bukan rezeki untuk berurus niaga.  Tapi itulah mungkin sudah sampai jodoh nak consume akhirnya dapat juga.  

Tumpang beli dari Nova, bila tengok status FB dia pun makan.  Lagi pun bila tanya akan kesan, segalanya positif.  Tak teragak-agak untuk mencuba.

Terus terang, bau dia, fuh!! boleh tahan hanyir.  Nama pun aslikan, mana boleh hilang segala bauan kurang enak.

Kalau makan begitu sahaja memang tak tertelan.  Masuk separuh jalan keluar balik.  Mula-mula makan pernah kunyah, alamak!!  Melekat hanyir di lidah sepanjang hari.

Langkah selamat dicampur dengan air seperti Sunquick ataupun Ribena tetapi lebih memilih Sunquick kerana rasa masam dapat menghilang rasa kurang enak secara total.

Pernah cuba dengan air manis, hmm.. tak sedap.  Tetap terasa hanyir, tapi taklah sekuat makan begitu sahaja.  

Macamana GM makan?  Tak perlu tanyalah, dengan tenang sahaja dia campur sedikit air berperisa kemudian telan.  

Bila dimasak kolegan akan bertukar cair dan menjadi seperti agar-agar bila disejukkan di dalam peti ais.

Saya tahu ada 2 jenis kolagen,  warna putih jernih dan warna ungu gelap.  Dari segi khasiat sama sahaja cumanya warna ungu lebih kadar anti-oksida dan lebih kuat baunya kerana kaedah pengeringan melalui proses wap (kalau tak silap).

Info ini saya peroleh terus dari pengusaha kolagen di Semporna, Sabah.  Yalah, bila dah makan kena tahu serba sedikit, takkan nak melulu sahaja masuk ke dalam badan.

Sehingga hari ini saya masih lagi menggeledah sana sini mencari kebaikan dan keburukan kolagen, jika ada.  Ianya perlu kerana bercadang mahu meneruskan mengambil kolagen sebagai supplement tetap.

Alhamdulillah, hampir sebulan saya mengambilnya banyak perubahan pada diri.  Ini bukan iklan ataupun promosi PMC kerana saya tidak menjual dan tiada siapa membayar bagi tujuan promosi.

Antara kesan positif pada diri saya:-

1)  Rambut kurang gugur.  Pernah saya suarakan kebimbangan di sini akan kadar rambut gugur yang luar biasa hinggakan bila bangun pagi berterabur sana sini rambut gugur.  

Setiap kali membuka ikatan rambut, segumpal helaian rambut ikut serta dan kerana masalah ini saya memotong pendek.  Malangnya masalah tidak selesai dan rambut terus gugur sehingga nipis rambut di kepala :( 

Pernah terfikir untuk membotakkan rambut.  Dari terus luruh baik saya buang dan biarkan rambut baru tumbuh.  Siapa tahan bila asyik di marah rambut bersepah satu rumah.

Sekarang, masalah rambut gugur tidak membelenggu diri lagi.  Memanglah ada yang gugur tetapi tidak sebanyak dahulu.  Atas katil pun dah tak penuh dengan rambut.  

Bila sikat setakat 1-2 helai sahaja luruh.  Leraikan ikatan getah pun tiada rambut yang putus.  Tersenyum bila melihat kesan sebegitu.

2)  Kulit badan tidak kering lagi.  Masalah kulit kering ni normal terutamanya bagi yang bekerja di bilik berpenghawa dingin.  Sapulah macam-macam krim, tetap juga kering. 

Antara yang boleh kurangkan masalah, Vaseline tapi tak lama kemudian kulit kembali kering.  Minum air banyak pun tetap tak boleh lari.  Paling teruk bahagian kaki.  Bila garu, habis bertukar warna putih.  Teruk gila!

Sejak ambil kolagen, kulit bahagian atas badan paling ketara lembap.  Bila menggaru, tiada kesan putih.  Bukan itu sahaja, dapat rasa kulit tegang dan sihat.

Bahagian kaki pun berkurangan tetapi belumlah sampai tahap membanggakan.  Kesan kulit kering masih kelihatan, cuma semakin hari semakin baik.

3)  Kuku nampak berkilat dan bersinar.  Kalau tidak, nampak tak bermaya dan tak kuat.  Senang patah.  Tapak tangan pun licin dan lembab.

4)  Dalam 4-5 tahun lepas, saya sudah ada tanda pigmentasi di bahagian tepi mata walaupun belum tahap serius lagi dan semakin hari semakin gelap warnanya.

Puas mencuba pelbagai jenis produk whitening based tapi tak memberi sebarang impak.  Bila apply cream, mesti renung lama-lama sambil memikirkan bila akan hilang ;(

Produk yang saya pakai bukan calang-calang jenamanya.  Tak mahulah sebutkan di sini, tetapi jangan terkejut kerana setiap kali replanish produk terbang dekat RM1k

Selepas 3 minggu pengambilkan kolagen, baru saya perasan warna pigmentasi semakin berkurangan.  Harapnya akan hilang dalam sedikit masa lagi.

5)  Siapa kenal dan pernah bersua, mesti tahu saya gemuk orangnya.  Bukan gemuk dari kecil tetapi tumbesaran bila nafsu selera semakin membuak.  Dari sekeding umat hinggalah sebesar ini, semuanya disebabkan faktor pemakanan.

Bila masalah berat badan, selulit pasti membelenggu.  Bahagian-bahagian tertentu begitu kuat kesannya.  Mujur terselindung di balik pakaian tetapi risau juga merebak ke bahagian-bahagian lain.

Apa yang membanggakan, secara perlahan warna selulit semakin pudar.  Macam tak percaya pun ya kerana saya mengambil masa 10 tahun lebih berusaha menghilangkannya.

Belilah pelbagai jenis krim di pasaran, semuanya gagal.  Pernah terfikir mahu mencuba mana-mana slimming centre.  Bila tengok harga..hmm..

Harapnya kesan selulit ini akan hilang terus.  Jangan silap ya, hanya selulit yang semakin pudar tetapi berat badan tetap begitu juga.  Setakat hari ini belum pasti kolagen boleh menurunkan berat badan atau tidak.

Ini kerana saya belum lagi susut sejak makan kolagen walaupun sepatutnya boleh membantu melaraskan berat badan.  Tak apalah, takkan nak dapat semua dalam satu-satu masa.

6)  Badan rasa ringan dan bertenaga.  Okay, ini memang nampak sangat faktor usia.  Di tambah pula saya ada sakitkan, memang berat sahaja badan.  Sentiasa rasa malas untuk bergerak.

Bangun pagi urat-urat semua tegang.  Bila bangun bukan boleh terus bergerak, kena regangkan segala otot.  Tumit pun selalu sakit.

Tapi selepas amalkan kolagen 2 kali sehari, kurang masalah bangun pagi.  Buka mata badan serasa segar.  Masalah tidur malam pun hilang.  Lena hingga ke waktu sepatutnya.

Banyak perubahan boleh dirasa cuma ini antara yang terkesan.  Lain-lain tu progress agak lambat.  In Shaa Allah kalau ada lagi nanti saya tak keberatan berkongsi.

Bagi di luar sana yang masih ragu-ragu, apa kata cuba.  Mana nak dapatkan, cari sahaja di FB atau Google Search.  Ramai peniaga PMC secara online.  Harga memang berbeza-beza, sebagai pengguna pandai-pandailah memilih peniaga.

Saya sedang menjalankan testimoni pada Abang pula.  Bila baca di internet, tiada masalah bagi lelaki untuk mengambil kolagen.  Selepas sebulan nanti kita tengok apa hasilnya.  


 Setakat hari ini, sudah 3 paket, kongsi dengan GM.  3 sudu pagi, 3 sudu malam.  Siapa tuan empunya yang menjual saya tak tahu kerana beli melalui Nova.  Setiap paket boleh bertahan dalam 2 minggu lebih.


     Rupa asal kolagen sebelum direbus.  Sebelum rebus harus dicuci 5-6 kali kemudian direndam semalam.  Sebelum rebus keesokkanya ulang cuci 5-6 kali.  Air rendaman dikatakan bagus untuk disapukan pada tumit kaki kering dan jerawat tapi saya belum pernah mencuba


Kolagen selepas disejukkan di dalam peti ais.  Bertukar menjadi agar-agar


Selamat berkolagen!



nota:  asal ada kebaikkan apa salahnya..

   
  

No comments :

Post a Comment