Followers

Friday, December 7, 2012

::Nasi Lemak::

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di Jumaat penuh Barakah.  Juga hari yang dinanti kita semua bagi mengakhiri episod minggu bekerja.  Terik mentari di pagi Jumaat menambah keceriaan.
 
Mulakan hari ini dengan sebungkus nasi lemak.  Tak sampai setengah jam makan, mata harus ditampung batang mancis.  Mengantuk yang amat!  
 
Sebab itu sekarang kurang minat menjamah nasi lemak di waktu pagi.  Seharian badan lemau tak bermaya.  Terlebih lemak dalam badan begitu gayanya.
 
Sebut nasi lemak, teringatkan nasi lemak sewaktu sekolah rendah.  Baru-baru ni, berkesempatan buat reunion bersama rakan-rakan sekolah rendah.  
 
Antara agenda utama, melawat persekitaran sekolah yang telah jauh berubah dan semestinya kantin menjadi tumpuan utama.  
 
Meski jauh berubah keadaan tapi siapa dapat lupa akan nasi lemak makcik kantin.  Sudahlah murah, 30 sen pun boleh dapat sepinggan.  Bila makan, bau sambal melekat di tangan sepanjang hari.
 
Bukan saya sahaja terkenang, kami semua berada di sana turut mengimbau kenangan 20 tahun lampau.  Kalaulah segalanya boleh diundur semula.
 
Tak pasti pula makcik tersebut masih berniaga lagi di sekolah atau tidak yang pasti harga serendah itu tidak akan dapat murid-murid sekarang nikmati.   
 
Sejak dari dulu, nasi lemak sememangnya menjadi pilihan utama saya.  Duduklah di mana pun, akan saya usaha mencari yang menepati selera.  Harus jalan jauh pun tak mengapa.
 
Cuma sayangnya di kawasan rumah sekarang, tiada satu pun bertaraf 5 bintang.  Setakat untuk mengisi kekosongan perut bolehlah.
 
My all time favy of course nasi lemak kerang sambal lebih.  Selain dari GM masak, jika di luar kalau tiada kerang rasa kurang nikmat.  Sangat mengada!
 
Bagus juga tiada yang benar-benar memikat hati dipersekitaran rumah.  Kalau tidak ada yang tak boleh lolos pintu rumah dek penangan nasi lemak setiap hari.
 
 
 
 
nota:  tiba-tiba kisah nasi lemak..

No comments :

Post a Comment