Followers

Monday, June 13, 2011

::Cerita Semalam::

Semalam, sebaik sahaja pos entri terus kemalasan melanda.  Puncanya apabila komputer riba kehabisan bateri, lantas malas untuk mengambil wayar di bawah.  Maka terpadamlah segala cita-cita.  Macam tak biasakan dengan saya!! =)

Sehari suntuk berada di rumah, ibarat tiada pinggang.  Terbaring sahaja di katil nan empuk sambil jemari laju menekan punat alat kawalan jauh.  Sekejap siaran ini, sekejap siaran itu dan kembali semula ke siaran ini.  Itu sahaja kerjanya.  Sampaikan makan mee maggi pun Ayu Bam Bam bawa naik atas.  Amat melampau tahap kemalasan.  Ditambah pula dengan siaran berturut-turut Glee, hmm...apa lagi...

Bila seharian terperuk, malam pun cadangnya tak mahu ke mana-mana.  Panggilan AF9 begitu kuat.  Entah macamana, boleh pula 'terkeluar'.  Bila dah 'ter' begitu, cepat pula Mimie menghidu.  Apa lagi, dia nak sambut harijadi Abang secara kecilan.  Ikutkan sahaja.  Memang ada perancangan tetapi bukan semalamlah.  Nak tunggu sekali Cik Fieza + ramai-ramai, bagi memeriahkan keadaan.

Dah Mimie beria, jadinya Satay Station Kg Pandan menjadi tempat dituju.  Kami berempat sambil makan sambil menonton peringkat akhir AF9.  Tiada sebarang acara khusus, lagi pula Abang tahu bulan ini pelaburan besar telah dilakukan.  Tak boleh bermewah-mewah seperti selalu.  Lebih kurang jam 10, masing-masing mahu mengorak langkah pulang, esok kerjakan.  Sebelum balik sempat menonton Hazama buat persembahan lagu Pukau, sampai rumah sedang elok Hazama hendak buat persembahan untuk lagu sendiri.  Sudah pasti TERUJA!!! Kata peminat tegar Hazama, sampai sanggup Afundi 20 terus.  Pertama dan terakhir dalam sejarah Akademi Fantasia, saya mengundi.

Buat insan yang saya sayangi, "WALAU LEWAT UCAPAN INI NAMUN TETAP INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR BUAT KESEKIAN KALI.  MOGA ALLAH MENDENGAR SEGALA DOA DAN MAKBULKAN SEGALA PERMINTAAN SERTA TERUS DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK.  TERIMA KASIH DI ATAS KASIH SAYANG SELAMA INI, HANYA ALLAH SAHAJA MAMPU MEMBALAS SEGALANYA"


nota:  ada gambar tapi malas nak masukkan..he..he..he..

No comments :

Post a Comment