Followers

Monday, June 27, 2011

::Di alam kenangan::

Sedang menonton rancangan Malar Segar di RTM.  Lagu-lagu di era 80-an dan 90-an.  Orang kata zaman rock kapak.  Saya menonton kerana ingin menonton adik Abang, Ina menyanyi.  Beri sokonganlah katakan.  Semenjak melanggan siaran TV berbayar, agak jarang-jarang menonton TV1 (eksyenkan!!)  Hanya buka jika Ina ada buat persembahan.

Tapi rancangan ini benar-benar mengimbau kenangan.  Saya membesar dengan lagu-lagu sebegini. Begitu dekat dengan hati dan jiwa.  Ini baru boleh dikatakan "Andai Dapat Ku Undurkan Masa".  Dek kerana mendengarkan lagu sebegini, hati saya dihambat kerinduan amat sangat.  Saya mencari-cari orang itu.  Seorang yang juga menyumbang ke arah kematangan di dalam diri saya.


Tertanya-tanya, tidakkah dia mengingati saya, seorang teman yang pernah berkongsi zaman remaja bersama?  Selepas usia 18 menjengah, sejurus itu juga tiada lagi sebarang jalinan.  Ya, di saat ini saya rindukan segalanya.  Apa pun, saya doakan dia bahagia dengan kehidupan sekarang.  Jika pernah terdetik di hati, yang dipohon janganlah lupakan kenangan bersama :)

Malam ini, tidur berteman segala kenangan yang ingin saya selongkar di peti memori!!



nota:  wajarkah meneruskan pencarian???
 

No comments :

Post a Comment