Followers

Wednesday, June 8, 2011

::Fieza,this is for you::

I DEDICATE THIS ENTRY JUST FOR YOU,

Hari ini ulang lahir sahabat baik saya, Norafaizah Yeop Abdullah aka Fieza.  Dah sambut sebenarnya dalam minggu lepas, itu pun tumpang rakan sepejabat dia di Etiqa.  (Thank you Neily for invited me to the surprise party, its an honored for me).  Perancangan untuk potong-potong kek tu ada, tapi belum dapat masa sesuai.  Sempena harijadi dia, tahun ini saya ingin menyampaikan ucapan dengan cara tersendiri.  Sudah pastilah satu entri khas buat teman yang paling saya sayang.  

Sebelum itu, "aku ucapkan S.E.L.A.M.A.T.H.A.R.I.J.A.D.I. yang ke-31 khusus buat dirimu teman/sahabat/rakan/kawan/adik/kakak (you can be all at anytime).  Moga Allah sering merahmati serta melindungi kau di mana sahaja berada.  Aku juga mendoakan kebahagiaan yang kau impikan itu akan sentiasa ada, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun, dimurahkan rezeki melimpah ruah dan dipanjangkan umur.  Semoga persahabatan kita juga akan terus kekal selamanya"

 Di ambil dari Google Image

Hmm...di mana harus saya mula ye?  Okey, saya dan Fieza mula berkawan semenjak menuntut di sekolah menengah lagi.  Tidak pernah satu kelas cuma mungkin Allah gerakkan hati untuk menjadi kawan dari biasa terus menjadi sahabat baik.  Sebenarnya kami sahabat bertiga, (Insyaallah ada kelapangan saya akan buat entri khas untuk seorang lagi sahabat kami iaitu Raja Nooranieda Raja Musa) tapi biasalah kalau dah berumah tangga pasti bukan selalu dapat meluangkan masa.  Tetapi kami tidak pernah lupakan antara satu sama lain.

Kebiasaannya bila dah meninggalkan sekolah menengah, hubungan persahabatan mesti agak renggang terutamanya apabila masing-masing membawa haluan.  Alhamdulillah kami tidak putus begitu sahaja, malahan kerap berhubung.  Susah senang, sakit baik kawan mesti kena ambil tahu.  Bila salah seorang susah, kami akan cuba untuk membantu, ibaratnya kalau tak mampu untuk menghulur pertolongan sekali pun, cukup sekadar menjadi teman pendengar.

Antara kami tiada rahsia cuma cepat dan lambat sahaja untuk mengetahui sesuatu hal.  Seperti yang saya katakan, kekangan masa kadang kala membataskan segalanya.  Kami mengenali keluarga masing-masing malah amat rapat.  Kiranya, jika saya ke rumah mereka, saya tidak merasa kekok langsung untuk bergerak di dalam rumah tersebut.  Bukan itu sahaja, kami juga bergaul mesra dengan adik beradik dan ibu bapa yang lain.  Ibarat, adik saya adik mereka juga.

Fieza anak tunggal dalam keluarga.  Ibu bapa sudah tidak ada lagi tetapi dia amat beruntung kerana berpeluang merasai kasih sayang dari Cik dan Pakcik yang dah dianggap seperti ibu bapa juga.  Pada saya, itulah rahsia Allah apabila mengurniakan Fieza dua orang ibu dalam satu masa.  Sedari awal mengenali Fieza, saya juga telah mengenali ahli keluarga dia hinggakan sampai ke sanak saudara dia.  Alhamdulillah :)

Bukan kerana dia kawan baik ke apa, tetapi secara jujur dia menawan di mata saya.  Seorang yang pandai dan suka bergaya, gemarkan benda-benda yang cantik, tak suka pada benda-benda selekeh and this apply to herselfThat is way she'll make sure to look presentable most of the time.  Kalau dia rasa benda itu tidak sesuai atau nampak tidak berkenan di mata, dia akan terus memberitahu tanpa selindung, but within our circulation.  Kalau orang luar tu tak adalah, nanti disalah ertikan teguran itu pula.

Bagi yang belum kenal dia, mesti ingat dia ni sombong orangnya atau budget cantiklah (ramai dah beranggapan sebegini) tetapi bila dah kenal dia, akan senang dengan sifat peramah, ambil berat, penyayang, baik hati dan kelakar.  Tak kenal maka tak cintakan...Tapi awas, sekali dia meletup, tak akan tertahan bisa mulut.  Satu-satunya perkara yang tidak ada pada saya.  Kalau ada apa-apa hal, I have to rely on herShe born to be a good protector, I guess.  Banyak dah insiden pergaduhan dan pertengkaran mulut, that's it.. Fieza will win!!! ha..ha..ha..

Senang cerita dia ada apa yang saya tiada dan begitulah sebaliknya.  The best part, we have a good chemistry.  Hanya dengan lirikan mata masing-masing, dah boleh tahu apa terbuku di dalam hati.  Kisah cinta dia?  hmm...ramai sebenarnya nak tahu tapi not for me to share.  Biar apa pun terjadi, rahsia tetap rahsia.  Apa yang boleh saya cakap buat teman-teman mengenali kami, sampai masa dia akan hantar kad jemputan.  Waktu tu kita semua akan tahu siapakah lelaki bertuah itu.  

As for me, I always support you friend, in any situation either bad or good.  Bila kita berkawan kenalah terima baik buruk kawan tersebut, betul tak?  Tapi jangan sekali-kali kongsi keburukan sahabat kita dengan orang lain ye..Mana yang tak baik kita beri nasihat supaya kawan kita tidak alpa dan terus melakukan kesalahan, dan bila kita dikritik juga kena terima dengan hati terbuka.  Baru boleh berkawan lama.

She's an easy going person dan mudah untuk di bawa ke tengah dan ke tepi.  Kalau ada masalah, sebaik mungkin dia cuba membantu.  Jika di luar kemampuan, paling tidak dia akan memberi nasihat yang boleh menyejukkan hati.  Kalau ada ilmu pun tak kedekut untuk dikongsi.  Bukan dalam perhubungan sahaja kena ada kejujuran, di dalam persahabatan pun kita kena jujur di antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan syak wasangka.  Walau kawan terpaksa memberitahu perkara buruk semuanya kena jujur, lagi pula apa yang hendak disorokkan kalau dah bergelar kawan baik!!! 

Jika dihitung hampir 15 tahun juga kami berkawan.  Siapa kawan dia akan menjadi kawan saya dan begitu juga sebaliknya.  Walau mungkin tidak pernah bersua, nama dia tidak asing di telinga rakan-rakan saya dan nama saya juga tidak asing di telinga rakan-rakannya.  Dengan Abang juga tiada masalah, sekiranya saya kata hendak keluar berdua dengan Fieza, Abang akan faham.  Girls talk!!! :)  Untuk keluar bertiga juga tidak canggung atau ada rasa tersisih sebab kami semua dah saling kenal mengenali.  

Jom saya hidangkan gambar-gambar saya bersama Fieza sepanjang tempoh persahabatan kami.  Gambar-gambar ini saya ambil mana yang sempat.  Hajat nak geledah lagi album gambar, tetapi hidung ni pula boleh bersin tanpa henti.  Jika ada peluang di masa hadapan, saya kongsikan lagi.
Tahun 1996 - muda belia lagi ye.  Fieza balik kampung saya dan kami ke Teluk Batik.  Fieza dan Raja sering ikut saya pulang ke kampung, sebab itu ramai saudara saya mengenali mereka berdua. 

Tahun 1997 - baru lepas persembahan di Pusat Islam sempena Pidato Diraja.  Waktu sekolah, kami memang aktif dengan persatuan kebudayaan.  Banyak lagi persembahan kami lakukan.  Jangan tak tahu, malam ada persembahan esok pagi kitaorang bertiga ada peperiksaan SPM.  Tak ingat kertas apa, tapi kerja gilakan.

Tahun 1998 - Fieza baru bekerja sebulan di MAA dan saya baru 3 bulan di UiTM.  Sekali lagi kami pulang ke kampung saya, mungkin bagi meraikan usia 18 :)

Tahun 2000 - di rumah saya sewaktu buat rumah terbuka.  Bila tengok gambar, alamak!!! Kurusnya saya..nak kurus macam tu balik dalam mimpilah

Tahun 2001 - sekali lagi di majlis rumah terbuka.  Muka dah nak ke arah dewasa..ha..ha..ha..

Tahun 2004 - "Fieza, I am not sure either you hate me to upload this picture or not.  Whatever it is, pass is pass.  Don't blame your passed but thank for what we get from it.  Apa pun ianya tetap kenangan buat kita semua"

  Tahun 2004 - our 1st vaction together and after that more and more.  Gambar diambil sewaktu kami berenam bercuti ke Langkawi.  Siapa lagi empat orang tidak perlu diketahui, apa pun Langkawi 2004 remain as sweet memories.  

Tahun 2005 - Kami ke Kuching, Sarawak.  Percutian yang seronok sebab Raja ikut sekali waktu ni dan saya, oh!!! sangat gemuk...

Tahun 2006 - Kami di Genting Highland, sempena meraikan Puan Ninie akan ke United Kingdom.  Balik dari sini, Raja masuk hospital.  Aduhai!!!

 Tahun 2007 - di Orient Star Lumut, masuk Treasure Hunt anjuran MAA.  Waktu itu, Fieza masih lagi bekerja di MAA.  Sekarang tidak lagi!!

Tahun 2008 - Bersama meraikan hari bahagia kawan baik kami, Raja dan Dino.  Gambar di ambil pada malam mereka bernikah dan saya baru sampai dari Perak.  Sebab itu tidak memakai baju kurung.  Apa pun, alhamdulillah seperti yang kami pernah berjanji, pasti hadir meraikan hari bahagia antara satu sama lain

Tahun 2009 - Majlis hari raya di rumah saya.  Selagi tidak nampak bayang Fieza, selagi itu saya bakal dihujani pertanyaan dari ahli keluarga ke sanak saudara hinggalah ke rakan-rakan lain.  Walhal dia datang bukan jadi tetamu tetapi kena jadi penyambut tetamu

Hujung tahun 2009 - Kami ke Kg Kuantan, Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip.  Pernah ke sana sebelum itu tetapi yang kami pergi kali ini lebih jelas dapat lihat sebab datang awal.  Sesiapa yang ingin melihat kelip-kelip dengan lebih dekat kena datang sebelum pukul 9 malam dan akan dibawa menaiki bot

Awal tahun 2010 di PWTC menghadiri majlis persandingan rakan Fieza.  Seperti biasa saya yang muka sebesar pinggan

Tahun 2010 - sewaktu meraikan Konvokesyen saya.  Betul-betul menghargai kehadiran seorang teman walau terpaksa mengharungi lautan kereta.  

Penghujung 2010 - Beraya bersama-sama di hari raya kedua.  Kami selalu macam tu, sekiranya tidak pulang ke kampung sejak dari raya pertama lagi dah bersua muka kemudian rancang perjalanan untuk seminggu beraya.  Kemaruk macam budak-budak!!

Penghujung 2010 - Melepaskan penat setelah bersusah-payah di hari jadi Buah Hati saya.  Dah penat tolong, apa lagi waktu makanlah

Baru-baru ini sewaktu meraikan kejayaan Fieza tamat belajar.  Alhamdulillah, tidak sia-sia pengorbanan selama setahun lebih akhirnya membuahkan hasil

Kalau hendak cerita mungkin boleh buat novel, kita berhenti di sini dahulu.  Lain kali saya cerita lagi.  Apa pun saya sering bersyukur kerana dikurniakan seorang kawan cukup sempurna untuk bergelar sahabat.  Moga Allah memperkenankan doa saya untuk terus bersahabat bersama Fieza dan Raja hingga akhir hayat.  Jika kelak kami ada anak, biarlah mereka juga rapat sesama sendiri, Insyaallah.

Moga harijadinya pada tahun ini akan lebih membawa makna dalam erti kedewasaan.  I might be the last person to wish but we save the best for last, right!!!  I love your eternally and hope our friendship remain forever.  Enjoy your birthday celebration through out the and make it remarkable in your memories.  

     Natural beauty of you!! 

Wish to sing Birthday song every single minute to keep your joyment.  Have no present this year but I'll make sure our love will be the best present for us!!!

H.A.P.P.Y.B.I.R.T.H.D.A.Y.   


nota:  maaf darling kalau gambar dipilih tu tak cantik, nak cepat walau pun tahu kau tak suka kalau gambar tak cantik...hik..hik..hik..

No comments :

Post a Comment