Followers

Friday, June 17, 2011

::Noraelena::

Umum sedia maklum akan fenomena Noraelena dan petang tadi merupakan episod terakhir.  Saya tidak mengikut cerita ini, rasanya adalah tiga kali saya menonton dari semua episod termasuk yang terakhir tadi.

Sedari pagi ramai telah memperkatakan mengenai episod akhir ini.  Bicara episod akhir Noraelena lebih menarik dari kisah laman web Kerajaan Malaysia digodam.  Ada meneka begini, ada mengagak begitu kesudahan kelak.  Yang paling popular mengatakan Noraelena akan menemui ajal dan kesudahan tidak sama dari jalan cerita novel asal.

Saya hanya memerhati gelagat sahaja tanpa masuk campur kerana tidak tahu hujung pangkal cerita.  Okaylah bila menonton tadi dan sudah dijangka, kesudahan yang gembira buat semua orang.  Rasanya saya mungkin lebih suka membaca novel bertajuk "Kasih Suci" itu kelak.

Teringin mengetahui berapa agaknya rating penonton untuk episod terakhir tadi.  Agak-agak ada 10 juta tak seperti Nur Kasih?  Cerita itu pun saya tak tonton dan tak faham mengapa ramai tertancap di depan peti televisyen setiap kali besiaran.  Khabarnya menonton Nur Kasih The Movie bisa mengalirkan air mata.  Entah, saya belum menonton lagi, khuatir tak faham sebenarnya.

Ternyata, cerita Melayu masih releven untuk tontonan.  Ingatkan sudah tidak ada lagi budaya pengikut setia sesebuah cerita lantaran dihantui kesibukan.  Saya sendiri jika cerita bersiri ini memang taklah jawabnya kerana tahu tidak mampu mengikut dengan tekun. 

Bagi pengikut setia Noraelena, pastinya merindu Seth Tan kelak.  Agak-agak kisah apa pula selepas ini ye yang akan membuat peminat cerita Melayu gila akannya?


nota:  sedang mencari idea sebenarnya, itu yang berlegar-legar di sini 


No comments :

Post a Comment