Followers

Friday, June 17, 2011

::Kisah Dongeng::

Dah dengar lagu baru Stacy "Kisah Dongeng"?  Pertama kali dengar dalam bulan lepas rasanya, dah terpikat.  Malam tadi terlihat pula klip video lagu ini terus sedih pula.  Klip mengenai mereka-mereka yang dilahirkan tidak bernasib baik tetapi menagih cinta dari kita insan yang kononnya sempurna. Tersentuh hati dan ini sedang mendengar lagi lagu ini.

Jarang-jarang kita dengar Stacy menyanyikan lagu berentak perlahan seperti ini, namun dia punya bakat besar.  Bagi sahaja genre muzik yang bagaimana, yakin dia berjaya membawa dengan gaya tersendiri.  Tapi yelah, minat punya pasal mungkin Stacy tampak sempurna di mata saya.  Cuba kalau dia tu saya tak suka, haram!!!

Oklah, saya kongsikan di sini lagu Kisah Dongeng beserta lirik untuk santapan halwa telinga anda semua

Lirik Lagu Kisah Dongeng
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah
Dari diri ini
Apa yang mampu ku perhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk
Dia yang sudi

c/o  Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya 
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Di peluk dalam dakapan
Eratnya melindungi
Jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih
Sepenuh hati
ulang c/o



nota:  mudah tersentuh dengan lagu-lagu balada walau tidak mengalami keadaan seperti diceritakan



No comments :

Post a Comment