Followers

Friday, June 10, 2011

::Entri pendek::

Adat bekerja sendiri, kalau memang tiada kerja sampai penat menanti apa tugasan harus dilakukan, tetapi bila tiba waktu sibuk, macam kaki tidak jejak tanah dan kerana itulah tiada berita di sini.  Biasa sahajakan jika menyinggah tiada khabar cerita?

Esok dan lusa tahap kesibukan bakal berganda mungkin tiga kali ganda.  Kesihatan masih belum sembuh seperti sedia kala.  Batuk makin teruk dan selsema tidak menunjukkan tanda untuk pulih.  Berat!!  Harapnya dengan bantuan ubat malam ini, esok sakit bakal reda.  Bagi sesiapa yang sudi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya, silalah melakukan sedemikian =)

Lama pula rasanya tidak menjengah panggung wayang.  Tajuk cerita berterabur, langsung dah tak ikut senarai di pawagam.  Kalau beli DVD mau ratusan ringgit terbang.  Apa nak buat, keadaan tidak sama seperti dahulu lagi, kestabilan kewangan juga agak goyah, maka ambil jalan penjimatan maksimum..he..he..he..

Hari pun boleh tahan juga makan, ni yang susah nak tidur.  Tak boleh dibiarkan nafsu makan sebegini, kelak membahayakan kesihatan.  Eh, kenapa tiba-tiba sejuk pula ni?  Sudahlah duduk diruang tamu bersendirian dan hanya ditemani sebiji mentol.  Seram sejuk pula tu.  Berhenti di sini dahululah, mungkin ada peneman tidak diundang duduk sebelah barangkali.  

Oklah, jika ada masa esok sambung.....


nota:  Apa da..kacaulah esok ke lusa ke.... 

No comments :

Post a Comment