Followers

Tuesday, June 7, 2011

::Jom Membebel::

Kalau semangat ada tetapi sambungan internet macam siput sedut pun tak guna jugakan.  Macamana nak muat naik entri baru?  Tapi itulah, sesungguhnya sejak akhiran ini, sambungan internet agak mengecewakan.  Katanya masalah internet hari tu ada kaitan dengan gempa di Jepun, tetapi itu dah 3-4 bulan lepas.  Takkan tak pulih lagikan?  Hari ini sepanjang hari Streamyx buat hal.  Kejap ada, kejap tak ada.  Ada mengatakan TM sibuk hendak promosikan Unifi dan kerana itu mereka tidak mahu membaiki kelemahan Stremyx.  Betul ke wahai Telekom Malaysia?  Selama ini saya sibuk mempromosikan Streamyx pada rakan-rakan memandangkan reputasi cukup baik.  Tapi dua tiga menjak ini telah banyak rungutan saya dengari.  Harap-harap Telekom Malaysia memandang serius isu yang membelenggu pelanggan mereka.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tadi keluar bawa GM pergi bank.  Cuaca luar sangatlah panas.  Tengok dalam I-Phone hari ini cuaca 33 darjah celcius.  Boleh tahan panaskan?  Tapi bila balik, buka google pula katanya walau 33 itu suhu sebenar tapi tahap kepanasan akan dirasai oleh penduduk Malaysia khususnya berada di Kuala Lumpur menyamai 41 darjah celcius.  Mak ai, patutlah amat terasa bisa kepanasan tersebut.  Oleh itu kita dinasihatkan supaya tidak terlalu mendedahkan diri kepada cahaya matahari, senang jatuh sakit kelak.  Lepas ni mesti tak ramai nak keluar makan tengaharikan?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Semenjak doktor menasihatkan saya supaya menjaga berat badan (turun lebih baik tetapi di larang sama sekali menaikkan angka) selera terhadap nasi jatuh merundum.  Takut sebenarnya dalam hati.  Mahu tak risau, bila sakit diri sendiri yang tanggung, bukannya orang lain.  Rasanya dalam seminggu adalah 1-2 kali saya makan nasi.  Tadi GM tanya nak makan tengahari apa, kalau tidak dia nak beli nasi berlauk je.  Mendengarkan nasi, terus mati selera lantas mencadangkan nak tak kalau makan Subway.  Kat rumah ni, kalau Subway boleh saja makan berSubway kami semua di rumah.  Tapi mungkin kerana sakit tekak dan selsema, kurang ghairah saat menikmati roti tersebut.  Saya kalau Subway suka Roasted Chicken.  Pernah tak makan Subway, apa pilihan korang ye?


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Fikir punya fikir, saya bercadang untuk menjual komputer riba saya.  Sayang sebenarnya, lagi pula ia yang pertama untuk diri saya, sudah pasti ada nilai sentimental.  Tapi nak buat macamana, saya tidak larat lagi untuk kendong dia ke hulur ke hilir tambahan semenjak saya sakit, barang-barang berat tidak boleh lagi diangkat.  Saya terpaksa mencari komputer riba yang nipis dan kecil.  Kalau tidak saya juga bakal menanggung sakit.  Hak milik saya amatlah elok dan dijaga rapi.  Not a heavy user also.  Saya guna setakat untuk internet, simpan gambar, simpan data I-Phone dan menaip artikel, itu sahaja.  Jika ada yang berminat boleh email saya:  maria_190998@yahoo.com.  Kita bincang di sana!!!  Lupa pula, komputer riba saya berjenama Sony Vaio model CS, warna merah jambu.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lama sudah saya tidak membuka kedai I Luv Clothez.  Agak-agak kalau saya aktif semula masih adakah sudi menjadi pelanggan kami.  Bukan tidak berminat untuk meneruskan, ditambah pula sambutan Alhamdulillah cuma kekangan masa membuatkan kami menangguh seketika.  Mungkin I Luv Clothez akan kembali beroperasi dalam sedikit masa kelak.  Apa pun terima kasih buat pelanggan setia yang sering bertanya berkenaan stok baru.  Doakan kemunculan kami ye!!!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

nota:  banyak betul halkan??

No comments :

Post a Comment