Followers

Monday, June 13, 2011

::Hazama Menang =) ::

Secara rasmi AF menutup tirai dengan menobatkan Hazama sebagai pemenang bongsu.  Hari ini merata cerita mengenai kemenangan Hazama.  Rasanya semua menjangkakan kemenangan jejaka ini.  Lima tahun tidak pernah putus asa mencuba, akhirnya membuahkan hasil.  Inilah dia rahsia yang Allah aturkan buat Hazama.  Kalau dia terpilih pada AF4 lalu, mungkin peluang bergelar juara tipis.  

Di tambah pula dengan hadiah wang tunai RM200,000.  Besar nilainya.  Harap-harap Hazama akan berjaya di luar dan bukan sebagai artis mee segera.  Ternyata malam semalam persembahan dia begitu menyerlah dan sememangnya layak bergelar juara.  Cuma nampak agak kelam kabut sedikit pengurusan pentas serta sistem bunyi, ke televisyen yang rosak?  Entah!!!

Inginkan gambar Hazama fresh from oven Media Rakyat?  Nanti ye, tapi saya tak berjanji.  Kena tunggu jurukamera, Fitt Sparrow serahkan semua gambar, Insyaallah saya pilih untuk dikongsi di sini.  Bagi peminat tegar rancangan Akademi Fantasia, anda pasti akan merindui program ini.  Setelah bersiaran selama sembilan musim, tiba masa tirai AF itu sendiri dilabuhkan.  Ada baiknya juga kerana semenjak dua tiga musim kebelakangan ini, sengat AF semakin berkurangan.  Lambakan program realiti lain barangkali.  

Yang penting, pengacara kegemaran saya, Aznil Haji Nawawi berjaya melaksanakan tugas dengan begitu cemerlang sepanjang musim ke-9.  Rakyat Malaysia pasti merindui celoteh Aznil kelak.  Setakat hari ini, belum ada pengacara boleh mengambil tempat Aznil di hati saya.  Bakat ada pada dia satu anugerahkan. 

Cuma sasaran saya bagi pemenang agak tersasar kerana Lena berjaya menjadi naib juara, Fina tempat ketiga dan Azri di tangga keempat.  Kini Akademi Fantasia menjadi kenangan dan saya dewasa bersama program ini.  Oh, alangkah indah kembali ke 9 tahun dahulu!!!



nota:  jiwa kacau!!!!

   

 

No comments :

Post a Comment