Followers

Tuesday, June 28, 2011

::Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan!::

Kumpulan NGO telah menyeru ahlinya untuk tidak membayar bil Astro selama 3 bulan. Dalam erti kata lain, kita digiat untuk memboikot Astro. Yelah, baru-baru ini isu kenaikkan yuran langganan menjadi perhatian sehingga hangat dibincangkan di Parlimen. Sehingga hari ini, Kerajaan tidak meluluskan kenaikkan harga langganan tetapi Astro seolah tidak mengendahkan perintah tersebut. Saya sendiri telah mendapat surat dari Astro berkenaan kenaikkan harga mulai bulan depan.

Wajar ke untuk kita boikot Astro? Bila difikir-fikirkan ada baiknya juga. Bukan apa ini sebagai peringatan kepada stesen TV berbayar tersebut untuk tidak terlalu bersikap mementingkan keuntungan. Inilah akibatnya apabila Astro telah memonopoli pasaran. Malahan Astro menggunakan pelbagai taktik supaya siaran TV tidak berbayar tidak mampu bersaing dengan mereka.

Cuba tanya diri sendiri, boleh ke kita hidup tanpa adanya Astro? Entah, saya sendiri tidak dapat memberikan jawapan kerana saya dan TV tidak dapat dipisahkan. Separuh hari saya berada di hadapan peti ajaib tersebut. Bagaimana agaknya jika tiada Astro? Tetapi, untuk kebaikan bersama dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej kepada pihak Astro untuk tidak mementingkan diri, apa salahnya. Sebagai pengguna kita harus mempertahankan hak apatah lagi Kerajaan tidak meluluskan kenaikkan harga tersebut.

Kita nantikan sahaja perkembangan mengenai protes ini. Rakan-rakan boleh baca mengenai isu boikot Astro ini di laman web mynews hub atau klik sahaja di link ini --->Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan! dan buatlah keputusan bijak. Nyatakan pendirian anda mengenai isu ini!!!

Cuma saya terfikir, sekiranya Astro telah dipotong, bila mohon sambungan semula tambahan RM20 akan dikenakan..he..he..he...nampaknya selepas ini mungkin kita boleh mempertimbangkan langganan Unifi atau pun kembali seperti dahulu, menggunakan aeriel. Penjual DVD pun boleh kembali tersenyum...
nota:  Berbaloi ke melanggan Unifi TV??



No comments :

Post a Comment