Followers

Thursday, March 25, 2010

Akhirnya..30 jua!!!

Sementelah masih ada ruang waktu, baik dipenuhi dengan melunaskan hutang satu persatu.  Sekurang-kurangnya adalah juga yang boleh di baca.  Kalau tidak ada yang membaca pun, paling tidak dapatlah juga memenuhi ruang kenangan diri sendiri buat tatapan bila usia menjengah senja.

Bila sebut sahaja tentang usia, sedar tak sedar sudah hampir tiga bulan diri ini memegang tampok usia 30.  Awal kedewasaan yang bakal meninggal jauh usia muda remaja.  Kenangan di kala usia 20an pasti akan tersimpan rapi di dalam peti memori untuk di gali semula pada suatu ketika kelak.  Tidak dapat di sangkal malah sesiapa pun pasti dapat menerima kenyataan yang semakin lama usia semakin meningkat.  Bukan takut pada angka yang kian tahun kian bertambah cuma kadang kala cuak juga bila memikirkan sudah cukupkah segala persiapan untuk menuju hari muka?  

Pernah saya berkata kepada rakan seperjuangan, "Andai Allah menakdirkan baki umur kita hanya 5 tahun sahaja lagi, maka itulah kehendakNya.  Sebagai Hamba kita harus Redha akan ketentuannya"  Teman-teman seusia faham benar akan jelas maksudnya.  Kini kami masing-masing berada di pertengahan usia.  Usia yang bakal membawa diri meneroka alam yang penuh kematangan dan harus mengutip segala bekalan bagi persiapan atas segala kemungkinan.  Segala apa yang telah dilalui selama ini bakal menjadi pedoman dan berharap dengan kematangan yang diperolehi, segala kesilapan yang pernah dilakukan tidak akan berulang semula.  Apa pun, doa, tawakal dan usaha adalah jalan terbaik buat diri masing-masing mengukir jalan cerita tersendiri.  

Di kalangan teman baik, diri ini adalah yang paling awal berdenyut nadinya .  Teman baik yang dimaksudkan sudah tentu pembaca sedia maklumkan siapa mereka tetapi jika masih belum kenal pasti berkenalan kelak.  Atas alasan ini jugalah saya membawa gelaran "Along" kepada mereka.  Gelaran yang bukan sekadar panggilan tetapi juga membawa maksud tersendiri.  Walaupun kami rapat, tetapi mungkin kerana saya juga adalah kakak sulung dalam keluarga makanya di dalam ikatan persahabatan saya lebih banyak menjadi kakak kepada mereka.  Cuma ada masanya saya harus menjadi adik kepada mereka kerana manusia tidak sempurna.  Masing-masing mempunyai kekurangan diri lalu apabila kelemahan dalam diri perlu dibantu, mereka inilah yang akan menyempurnakan keadaan tersebut.  Merekalah teman, sahabat, rakan dan juga saudara.

Sewaktu meniti saat-saat menjejak angka usia dari tahun ke tahun sambutan hari jadi Alhamdulillah dapat diraikan.  Di sinilah betapa beruntungnya menjadi saya kerana hampir saban tahun sambutan hari jadi akan di sambut lebih dari sekali.  Jika sambut sekali sahaja pun, pastinya ianya amatlah meriah kerana saya mempunyai keluarga yang besar.  Sambutan hari jadi akan diraikan bersama keluarga tercinta dan juga bersama teman tersayang.  Bagi meraikan angka 30 ini juga, sekali lagi saya melalui dua keraian.  Dengan berbesar hatinya dan buat julung-julung kalinya saya ingin berkongsi kegembiraan tersebut di medium ini.  Moga teman-teman alam maya juga turut merasai kegembiraan yang saya alami.

Bagi yang belum lagi nak berapa kenal dengan diri ini, saya dilahirkan pada 26 Januari 1980 lebih kurang pukul 8.30 malam.  Setelah diwar-warkan lebih awal, saya genap berusia 30 tahun dan sedang menyesuaikan diri dengan usia tersebut.  Pada tahun ini, teman-teman baik meraikan saya secara agak tertutup.  Walaupun menurut mereka pada awalnya ahli keluarga saya turut diundang cuma mungkin ada sesuatu hal lalu ahli keluarga saya tidak dapat hadir.  Maka sambutan di kalangan teman baik hanyalah kami bertujuh.   Tetamu lain tidak diundang bagi tujuan privasi.  Majlis yang kecil tetapi amat bermakna bagi diri saya kerana mereka turut meraikan hari-hari yang bakal saya tempuh kelak.

Pada 25 Januari malam, saya keluar bersama Abang dan juga Mimie The Diva (MTD).  Sebenarnya kami pergi meraikan hari jadi anak Ejump dan Nova.  Nak kenal Ejump sekeluarga, gali-galilah di entri saya yang lepas sewaktu percutian pendek ke Melaka.  Jamuan kecil di adakan di rumah mereka dan kami tiba di sana lebih kurang 8.30 malam selepas membeli buah tangan buat anak Ejump.  Hampir pukul 10 malam baru kami bertiga bertolak pulang dari rumah Ejump.  Secara tiba-tiba, Abang mengajak pergi minum kopi, aktiviti biasa kami bertiga selepas menikmati juadah berat.  Tetapi hala tuju kereta agak pelik juga kawasannya.  Bertanya pada Abang hendak ke mana, lalu dia kata biarlah pergi ke tempat yang tidak pernah dijengah barulah seronok sedikit.

Sampai sahaja di kawasan Sungai Penchala, semakin pelik juga rasanya.  Manalah Abang tahu tempat-tempat sebegini.  Memacu kereta seolah fasih benar dengan destinasi yang dituju sedangkan seingat saya tidak pernah sampai ke kawasan tersebut.  Apabila sampai ke sebuah tempat yang agak sunyi, terdapat sebuah restoran yang agak tertutup konsepnya tetapi dari luar kedengaran alunan sang pemuzik.  Restoran "Bora Asmara", itulah nama tempat tersebut.  Kalau nak diceritakan bagaimana hendak sampai ke sana, susah juga rasanya sebab inilah pertama kali menjejak kaki ke kawasan Sungai Penchala.

Apabila masuk sahaja ke kawasan restoran dan terpandangkan teman-teman yang ada iaitu Fieza dan Raja, dalam hati dah boleh agak kenapa Abang membawa saya ke sana.  Pasti ada sedikit sambutan untuk saya cuma biarlah, sebab terlalu seronok bersua muka dengan mereka semua.  Sampai sahaja macam-macam cerita diborakkan tetapi topik hangat adalah pergaduhan antara pengurus restoran dengan Fieza.  Berborak dan ketawa, itulah aktiviti wajib yang kami lakukan.  Seolah sudah berzaman tidak berjumpa padahal bukan lama mana pun.  Dek kerana ghairah bersembang, terlupa yang sebelum ke sana perut sudah diisi terlebih dahulu, maka bertambah lagi kepadatan perut dengan makanan yang di pesan.

Hampir meniti detik 12 malam, pekerja restoran datang membawa sebiji kek diiringi dengan pemuzik yang menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.  Seronok tak terhingga dan macam tak percaya apabila diraikan sebegitu.  Apa pun, terima kasih tidak terhingga buat semua Abang dan teman-teman atas sambutan yang sederhana tetapi cukup meriah.  Di kesempatan ini, saya kongsi bersama gambar yang sempat dirakam pada malam tersebut.

    Pekerja Bora Ombak yang berusaha menyumbang sebuah lagu serta membawa sebiji kek buat Birthday Girl

Tersipu malu di hadapan kek yang amat besar.  Sebesar tuan empunya hari jadi

Merekalah sebuah lagi keluarga yang saya miliki selain dari keluarga tercinta.  Terima kasih sekali lagi buat Abang, MTD, Fieza dan Raja.  Eh!!  Abang Bora Asmara tu pun nak tumpang sekaki.  Apa salahnya, janji meriah suasana.

Meniup lilin sambil memasang niat buat bekalan.  Kalaulah Buah Hati turut serta, sudah pasti tugas meniup lilin ini digalas olehnya.
Inilah kek yang meraikan penambahan umur ke angka 30

Wajah yang menceriakan hari tersebut..MTD & Fieza

 Abang baru menyuapkan kek.  Untuk perhatian semua, kek adalah bukan kegemaran saya oleh itu agak berkerut sikitlah kalau harus memakan kek

Rancak bercerita mengenai insiden pergaduhan yang menimpa Fieza dan juga Raja

Pasangan suami isteri yang bahagia.  Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka bersama dan dilimpahkan rezeki berlipat ganda serta dikurniakan zuriat secepat mungkin.

Ayu Bam Bam pernah membayangkan mereka amatlah sesuai menjadi pasangan kekasih..ha..ha..ha..Tetapi tidak pernah terbayang difikiran kitaorang semua

Kalau nak tahu, kitaorang ni amatlah kuat nafsu makannya.  Setakat sehari suntuk duduk di kedai makan tidak menghairankan.  Sambil makan, sambil berborak, sambil bergambar.  Rutin bersama jika berjumpa

MTD bersama skandal kawasan Cheras, Salo

Terima kasih atas kesudian meluangkan masa meraikan hari tua.  Lepas ni jangan terlepas pandang yang lain pula ye

Keadaan huru hara di meja makan

 Terima kasih atas segalanya dan juga saat yang telah kita harungi bersama

Seperti yang diwar-warkan, berharap sangat Fieza dapat menemui pujaan hatinya, Insyaallah..Perlukan borang kosong, saya ada!!!

Skandal atas skandal..he..he..hanya yang mengerti dan memahami

 Percaya atau tidak, persahabatan kami telah terjalin selama hampir 20 tahun.  Moga kami bisa bersahabat selamanya sehingga ke anak cucu kami kelak

Ada gaya jadi model iklan tak mereka ini??

Kegilaan kami terhadap gajet bernama kamera.  Ini semua bagi membuktikan umur tidak mencerminkan perwatakan sebenar.  Walaupun angka tiga mendahului tetapi kami tetap ceria seperti gadis remaja belasan tahun..ha..ha..ha...

Petua orang lama, jangan bergambar bertiga kelak salah seorang akan pergi dahulu.  Bukan untuk menidakkan nasihat yang tua cuma ajal maut di tangan Allah, biarlah Dia yang menentukan.  Kami sentiasa berdoa moga sentiasa dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.  Inilah sahabat dunia akhirat.  Saya amat bertuah sekali memiliki merek.  Insyaallah persahabatan kami akan terus kekal dan segar sentiasa

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada mereka semua kerana meraikan hari tua.  Beberapa lagi siri hari tua bakal menyusul dan kami akan meraikannya semeriah yang mungkin bersama.


nota:  Entri sambutan bersama keluarga pula bakal menyusul.  Nantikan!!!










No comments :

Post a Comment