Followers

Tuesday, April 30, 2013

::Yang Mana Satu?::

Hari ini bermulanya pengundian awal bagi anggota keselamatan negara seluruh Malaysia.  Secara sahih juga hari ini sudah kelihatan dakwat kekal yang dicalit ke kuku pengundi.
 
Tak kisahlah nak buat apa pun asalkan tiada sebarang penipuan berkaitan kertas undi ini dan rakyat Malaysia punya hak ke atas kertas tersebut dalam menentu hala tuju tampuk pimpinan negara.
 
Semakin dekat hari mengundi semakin banyak ragam berkempen dan ternyata saluran media elektronik bebas benar-benar memberi impak besar kepada rakyat.   
 
Saya sendiri menggunakan saluran media alternatif bagi mendapat lebih info dalam membuat pertimbangan.  Yalah, media arus perdana telah dikuasai sepenuhnya Parti Barisan Nasional maka terpaksa mencari alternatif lain.
 
Sebagai pengundi bijak kita harus buka minda dan tidak bergantung kepada satu sumber sahaja.  Dalam dunia ni mana boleh percaya semua perkara bulat-bulat kerana itu kita punya akal untuk membuat pertimbangan.
 
Jika punya kesempatan, saya pasti akan terjah ceramah-ceramah diadakan.  Tak kiralah parti mana pun.  Seronok tau dengar wakil parti berusaha bersungguh-sungguh membeli hati rakyat.
 
Berselirat Manifesto dan Aku Janji ditabur kepada rakyat.  Harapnya andai menang nanti janganlah buat-buat lupa apa yang telah dicanang.  Rakyat hari ini bukan lagi pak turut seperti dahulu.  
 
Cuma yang tak sukanya pergaduhan di antara penyokong-penyokong parti bertanding.  Perlu ke segala percakaran dan provokasi murah?  Berkempen secara aman sudahlah, nanti nampak sangat dangkal pemikiran tu.
 
Lagi satu, bendera dipasang melimpah ruah sampai tak nampak jalan.  Kenapa?  Semakin banyak bendera semakin tinggi peluang nak menang ke?  
 
Bukan bendera bergantungan jadi kayu pengukur ya.  Alangkah bagusnya duit cetak bendera, kain rentang itu disalurkan kepada kawasan seperti pembaikan jalan.  Itu lebih baik!
 
Ini tidak, bila gantung dan pacak sesuka hati, ada sampai jatuh menyembah bumi.  Kita yang bawa kereta ni tak perasan terus langgar.  Bukankah itu mengundang bahaya?
 
Bilamana ada Hamba Allah berniat baik mengangkat segala bendera tersebut dah dituduhnya pro parti bendera itu.  Tak pasal tercetus pergaduhan.  Rimaslah keadaan sebegini!
 
Apa pun inilah warna-warni PRU13 dan kita semua pasti ternanti-nanti siapa berjaya menawan hati para pengundi.  
 
Agak-agak kalau tersilap pangkah nanti tunggu lagi 5 tahun jika umur panjang =)
 
  Tanya sama hati mana menawan hati!




nota:  menghitung hari 5 Mei 2013
 
 
 
 
 
 
 
   

2 comments :