Followers

Sunday, April 21, 2013

::Majlis Perkahwinan di Ijok::

Hari Ahad kali ini diisi dengan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara GM di Ijok.  Lama rasanya tak menghadirkan diri ke mana-mana majlis perkahwinan meski jemputan datang bertali arus.
 
Mungkin ada mengatakan saya sombong bila mana gagal menampakkan diri di majlis, tapi nak buat macamana.  Tarikh jemputan sering bertembung dengan hal penting yang mana harus didahulukan.
 
Tapi yang paling kelakar bila terlepas kenduri hanya kerana memikirkan tarikh jemputan lambat lagi walhal dah berlalu majlis.  Tua sangat agaknya saya ni!
 
Harap-harap mereka yang menjemput tidak berkecil hati.  Kita mampu merancang, Allah jua menentukan.  Apa pun seronok melihat majlis perkahwinan rakan taulan dan saudara mara berlangsung meriah.
 
Balik semula pada cerita kenduri di Ijok.  Banyak benar rintangan didepani dalam merealisasikan kehadiran ke majlis tersebut.
 
Orang-orang kuat untuk berjalan jauh seperti Abang dan Macho Man tak dapat turut serta jadi terpaksa menyertai konvoi ke destinasi.  Kalau bukan pasal GM sah-sah dah tak pergi.
 
Bila konvoi kenalah keluar awal.  Yalah kena hormati orang lain juga, takkan nak biar mereka tunggu kami pula.  Pakai kereta Ayu Bam Bam.
 
Awal juga kami keluar, isi minyak dulu.  Tiba-tiba boleh pula GM teringat suis seterika tak dimatikan.  Kenalah patah semula.  Mujur belum ada yang sampai dan tak jauh lagi dari rumah.
 
Selesai semua tuju semula ke tempat dijanjikan.  Dalam perjalanan dapat rasa lain macam pada kereta.  Sampai sahaja terus keluar tengok tayar.  Sah, pancit!  

Periksa sekeliling tayar, sebiji skru dah tenggelam dalam kelembutan getah.  Patutlah keluar angin!
 
Panik juga.  Yalah mana ada Si Gagah Perkasa.  Nak pam tayar pun dah berpeluh satu badan, belum kira tukar tayar ganti lagi.  Mau ada yang tak ke Ijok terus.
 
Ingatkan nak balik rumah tukar pakai kereta Abang.  Walaupun tayar kereta Abang botak rasanya masih boleh lagi.  
 
Tapi atas nasihat ramai, terus juga perjalanan.  Tak bahaya katanya, cuma kena periksa angin tayar sentiasa.  Sampai di Ijok baru tukar tayar ganti.
 
Alhamdulillah tiba di Ijok tanpa sebarang masalah.  Cuma cuaca sangatlah panas!  Panas sehingga semua kami bermandi peluh.
 
Dari sampai ke rumah pengantin sampai balik peluh tak berhenti-henti mencurah.  Nak makan dengan berselera pun tak boleh, putus selera dibuatnya. 
 
Khabarnya KL hujan lebat sehinggakan ada sesetengah kawasan berada dalam keadaan berjaga takut banjir.  Di Ijok, matahari tanpa segan silu memanah kami.
 
Sebelum pulang, minta jasa baik Pakcik tukar tayar ganti.  Mujur juga ambil keputusan tukar, kalau tidak mungkin kami berdepan masalah.  Kesan koyak disekeliling tayar jelas kelihatan.
 
Jam 5 petang juga kami tiba di rumah.  Sampai sahaja, semua pun dah melepek keletihan.  Mana taknya, rembesan peluh benar-benar merengsakan kami.  Lemau badan dibuatnya.
 
Maaflah tiada gambar.  Nak buat macamana, kamera telefon canggih.  Nak usung kamera sendiri memang taklah.  Berat!  Yang ada ni pun ambil dari FB Makcik. 
 
Mereka yang lain belum masukkan gambar pun.  Masih penat barangkali.  Minggu akan datang kenduri sebelah keluarga GM pula, mungkin waktu tu ada gambar boleh dikongsikan di sini.
 
Apa pun, semoga kedua mempelai kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa diberkati kehidupan mereka dunia dan akhirat.
 
   Faiz dan Ema



nota:  sedapkan makanan kenduri kahwin?!

No comments :

Post a Comment