Followers

Wednesday, April 10, 2013

::Kes Buli Pula::

Sekali lagi laman sosial gempar!  Kali ini isu BULI pula.  Pertama kali menonton, terkasima seketika.  Masih wujud lagi rupanya kes-kes sebegini di sekolah.
 
Sudahlah begitu, siap rakam lagi.  Bangga barangkali dapat menunjukkan tahap keganasan pada orang lain.  Adik oi!  Kalau nak glamour sekali pun bukan dengan cara dangkal sebegitu.
 
Tak kasihan agaknya pada keluarga dan saudara mara bila video tersebar meluas lantas terpaksa menerima cemuhan serta kata-kata negatif.  
 
Setiap apa kita lakukan bukankah akan terpalit pada keluarga juga?  Hidup di dunia bukan hadir sendirian.  Geram betul dengan video tersebut.
 
Kita tak tahulah apa punca sehingga sekumpulan pelajar tersebut bertindak ganas sedemikian tapi tak kiralah siapa salah atau apa punca sekalipun bukan dengan menggunakan kekerasan.
 
Berapa agaknya usia para pelajar ini ya?  Jika tengok pada gambar-gambar mereka di laman web ini, nampak masih muda lagi.  Mungkin belum 17 tahun. 
 
Bila perhati satu-satu gambar mereka yang dituduh terlibat, hmm..boleh tahan juga ya.  Lagak masing-masing tak menggambarkan attitude seorang pelajar.  Ke saya ni jauh ketinggalan?
 
Pihak polis sedang memburu mereka semua bagi membantu siasatan.  Harap kes ini akan diadili seadanya.  Kita nantikan perkembangan lanjut dari masa ke semasa.  
 
Sesiapa belum tengok lagi video tersebut boleh klik pada link ini:  http://www.youtube.com/watch?v=QcrUi-pXsos  Malas nak tepek di sini, dek rasa geram melampau.
 
Link ini pula:  http://pembulismktho.blogspot.com/ terkandung maklumat-maklumat para pelajar terlibat dalam kes tersebut.
 
Mohon sesiapa punya pertalian dengan mereka ini dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa dan melancarkan proses penyiasatan.

Melihatkan perkara-perkara begini, risau menguasai diri.  Yalah, anak-anak di rumah ini bakal melangkah ke alam persekolahan tak lama lagi.  Moga Allah jauhkan perkara sebegini buat mereka.



nota:  ada-ada sahaja...
 
 

No comments :

Post a Comment