Followers

Sunday, June 23, 2013

::Jerebu Berterusan::

Sekolah-sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan sebahagian Johor ditutup ekoran kualiti udara tidak sihat.  Arahan ini juga termasuk pusat jagaan serta tadika-tadika swasta.
 
Tersenyumlah anak-anak semua tak perlu bangun pagi untuk bersiap ke sekolah tapi para ibu pastinya kalut bilamana anak tidak dapat dihantar.  Ramailah yang turut cuti kecemasan.
 
Setakat jam 5 petang tadi, bacaan IPU bagi Petaling Jaya naik ke 150++.  Berdoa sangat esok IPU akan turun.  Kalau boleh tak mahu sampai darurat seperti di Muar dan Ledang.
 
Bagi yang ingin tahu bacaan IPU di kawasan anda boleh ke:  http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx.
 
Bila agaknya Kerajaan nak mulakan pembenihan awan?  Kalau dah sampai seluruh negara terjejas, seharusnya langkah tersebut dilakukan segera.  Ini pun dikira keselematan awan juga.
 
Ramai menunding jari sana sini ekoran jerebu teruk melanda.  Negara Indonesia dikecam teruk kerana gagal bertindak sewajarnya mengelakkan masalah jerebu ini berlarutan.
 
As for me, ini bukan masa untuk saling menyalahi.  Apa yang kita mahukan masalah ini selesai segera dan kesihatan rakyat berada ditahap baik.  Ekonomi negara boleh terjejas teruk sekiranya perkara ini berpanjangan.
 
Tadi saya ada baca di satu laman web (tak ingat pula yang mana satu) mengatakan masalah jerebu ini akan berterusan sehingga Ogos.  Kalau betul, banyak aktiviti luar akan terhalang.
 
Sesiapa yang sesak nafas secara tiba-tiba terutamanya pesakit asma segera dapat bantuan di klinik mahupun hospital berhampiran.  Topeng muka jangan lupa pakai.  
 
Harapnya penjual topeng tidak akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tiba-tiba.  Kasihanlah, saat ini kita semua memerlukannya.  Jangan tekan rakyat sendiri.
 
Dalam berita tadi turut menyatakan topeng muka boleh didapati secara percuma di hospital-hospital Kerajaan terutama penghidap asma.
 
Rasanya jerebu kali ini paling teruk berbanding sebelum-sebelum tetapi negeri Sarawak pernah catat bacaan IPU 800++ pada satu ketika dahulu.  Kiranya itu antara terburuk.
 
Entahlah, barangkali Allah mahu menunjukkan sesuatu pada kita semua.  Segala apa terjadi hari ini pasti ada rahsia tersembunyi disebalik segala musibah melanda.
 
Masjid-masjid tak mahu melakukan Solat Hajat ke mohon keadaan pulih?  Betul kita boleh buat sendirian tapi jika dilakukan secara berjemaah, Insyaallah lebih bagus.
 
Saya dah macam penyampai kaji jerebu lagaknya.  Dah tak ada entri lain, semuanya berkisar masalah jerebu.  Maaflah ya, saya tahu isu ini boleh baca dimana-mana sahaja laman web.
 
Cuma tak salahkan saya berkongsi rasa?  Badan pun dah rasa tak sedap, migrain mula menyerang dan hidung dah gatal.  Ada-ada masa mata berair.  
 
Kena banyak ambil vitamin C atau apa sahaja yang boleh membantu peningkatan imunisasi badan.  Paling tidak, minum banyak air dan kerap mandi.   
 
Semoga esok semakin baik dan masalah ini tidak akan membelenggu kita dalam satu tempoh lama.  Harapan sentiasa ada, yang penting munajat pada Yang Esa.    




Jangan tinggal ini walau di mana sahaja berada terutama berada di luar.  Imej dari Google Image



 
 


nota:  hati sentiasa dirundung kerisauan...

4 comments :

  1. Salahkan Indonesia sbb sejak beberapa tahun ni negara kite dilanda jerebu disebabkan sistem pembakaran terbuka diorang yang tak dikawal.

    Salahkan Malaysia sebab banyak kompeni hartanah dari negara kita buat taikk kat sana dengan menggalakkan pembakaran terbuka untuk pembukaan tanah dan penyuburan tanah.

    Yang merana adalah rakyat jelata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kita yg merana..klu x ambil tindakan sekarang nmpk gaya setiap tahun la kita kena mengadap kes mcmni.. :(

      Delete
  2. Smlm cari face mask kat farmasi area rumah nie, sume habis ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg laku giler..kt rumah ni sib baik ade stock lama..klu tak nganga jugak la...

      Delete