Followers

Saturday, June 1, 2013

::Tak Masuk Akal::

Sejurus selepas PRU 13 sana sini sibuk bercerita banyak harga barang dan perkhidmatan naik meski Kerajaan belum lagi announce apa-apa.

Dapat dirasakan ramai peniaga ambil kesempatan atas khabar-khabar sebegini lantas menaikkan harga walaupun harga modal mereka tidak terjejas.

Tertekan juga bilamana nilai wang di tangan seolah tidak bernilai.  Tarik sekeping not RM50 sekelip mata habis begitu sahaja.   

Ramai dah yang merungut tak tahan dengan kenaikkan harga mendadak bagi sesetengah barangan.  Tapi apalah pilihan yang kita ada?  

Paling tidak, kita cuma boleh lancarkan boikot buat mereka yang menaikkan harga pada kadar begitu melampau.

Baru-baru ini kami ke Giant untuk makan tengahari.  Sementara menanti semua sampai bawa budak-budak main, sambil tu beli kudapan. 

Kami sekeluarga memang rajin ke sana sementelah berhampiran rumah.  Kadang-kadang memang nak beli barang, tapi ada masa saja membuang masa sambil bawa budak-budak lepas bebas.

Bila dah penat dan kelaparan carilah apa-apa untuk mengisi perut.  Senang cerita, restoran di Giant memang kami tahu semuanya.

Hari tu, terkejut betul saya beli seketul roti berinti hot dog yang besarnya sekali masuk ke mulut berharga RM1.50, beli dua ketul RM2.50.  Saya beli 4 ketul, total RM5.  

Cekik darah nak mampus ya!  Kalau besar ataupun saiz standard tak adalah saya merungut, ini tidak...Budak-budak tu sekali nganga masuk mulut kunyah dan telan. 

Kalau beli di kedai roti King pun, harga dia tak semahal mana.  Beli roti sosej yang besar pun baru +-RM2 (kalau tak silap)

Roti tersebut memang kecil sangat saiznya, nama pun mini sosej.  Bukan nak berkira, tapi kalau dia jual RM0.80 pun dah kira untung besar.  

Makanya, itulah kali pertama dan terakhir saya beli di situ.  Patut ke saya kongsi nama kedai?  Takut nanti sekat rezeki orang pula :(

Tak apa, kalau bukan saya yang mengadu pasti akan ada pembeli lain ambil tindakan sewajarnya.  Tekan pelanggan teruk sangat, nanti siapa yang rugi?  Betul tak?

Ini namanya ambil kesempatan betul!  Mentang-mentang dia buka kedai dalam Giant, habis semua harga dia nak tekan pembeli.

Hai, apa lagi yang akan naik ya?  Nampak gaya istilah "Miskin Bandar" akan menjadi kenyataan dan saya adalah antara yang bakal tergolong dalam kumpulan ini.  

Mana taknya, roti kecil sebegitu pun dah rasa menjerut leher apatah lagi barangan lain.  Mungkin akan ada barang yang terpaksa dilupakan dek harga tak berapa nak padan. 

Ada sesetengah daripada kita tak kisah sangat hal-hal sebegini.  Tapi saya kisah kerana ia sangat tidak masuk akal. 

Lepas ini memang kena tengok betul-betul harga sebelum beli.  Harga tak munasabah, lupakan sahaja dari membebel berpanjangan sesudah makanan masuk ke dalam usus baik cari di tempat lain.

Dalam gambar nampak besar, tapi hakikatnya sangatlah kecil.  Suku tapak tangan pun tak sampai.  Beli 4 ketul ngam-ngam perut budak-budak.  Itu pun tak cukup.  Merungut mereka bila makan rasa sikit sangat. 




nota:  Sabtu pun ada entri...

No comments :

Post a Comment