Followers

Saturday, June 8, 2013

::Just Like It, Aiskrim Nitrogen::

Pernah dengar aiskrim nitrogen?  Saya tahu dari Mimie dalam 2 bulan lepas.  Itu pun dia kata ada di Pavillion.

Benda-benda macam ni sekejap sahaja dapat menarik minat ramai untuk mencuba.  Perisa aiskrim dibancuh bersama cecair nitrogen bagi menyejuk dan membekukan adunan serta-merta.

Bila ke OU rupanya dah ada aiskrim tersebut di situ.  Apa lagi melonjak-lonjak nak mencuba.  Nak ke Pavillion bukan senang, silap-silap langsung tak ke sana.

Kami beli satu bekas sahaja berharga RM11.90 lepas tu kongsi ramai-ramai.  Kalau menepati citarasa boleh datang lagi.  Tapi kalau kurang menyengat, kita beli aiskrim di kedai mamak sahaja.

Boleh tahan juga rasanya.  Tak terlalu manis dan tekstur aiskrimnya lembut.  Lain kali boleh singgah lagi.

Penggemar aiskrim patut cuba aiskrim nitrogen ni.  Kaedah yang digunakan pun lain dari yang lain.  Macamana agaknya mereka dapat idea sebegini?

Sekiranya ada sesiapa ke OU dan ingin cuba aiskrim nitrogen, boleh singgah ke kiosk Just Like It  di aras 4 same floor dengan wayang GSC.  

Hari tu kami cuba perisa selamat iaitu Coklat.  Perasa lain akan saya cuba satu hari nanti.  Cuma itulah, perisa aiskrim ini tak semua ada pada satu-satu masa.  


 Cecair aiskrim diadun bersama nitrogen


 Ha nampak, berasap jadinya!  Nak bekukan bancuhan suhu nitrogen harus berada di bawah suhu beku


Masing-masing teruja mencuba.  Rasa macam aiskrim Hagen Daz pun ada juga


Confirm selepas ini bila ke OU Buah Hati akan tarik saya ke sana sebab dia sudah jatuh hati!





nota:  suka...

No comments :

Post a Comment