Followers

Thursday, June 6, 2013

::Salam Isra' Mikraj::

2-3 hari ni hilang semangat itu yang bertapa seketika.  Entahlah, memang ada sesuatu yang menganggu fikiran, tak tahu macamana nak diluahkan.  

Tak semua perkara boleh kongsi :(  Ada sesetengah perkara adalah lebih baik simpan sendiri.  Biarlah bibir terus mengorak senyuman dan menghiburkan hati orang lain.

Kebetulan sekali dengan kedatangan "teman baik wanita", lagilah perasaan kacau-bilau.  Macam-macamlah saya ni, ada sahaja tak kena.

Siang tadi banyak juga transfer gambar ke hard disc.  Nanti ada rezeki saya kongsikan cerita di sini.  Bilanya entahlah!  

Kerja-kerja bertangguh ni saya amat pakar.  Nasib tak baik, sampai ke sudah tak siap.  Okaylah, nak beradu.  Nama pun jiwa kacaukan, baik tidur dari merapu.

Buat Muslimin dan Muslimat sekalian, Salam Isra' Mikraj.  Semoga kita lebih menghayati pengertian sebenar hari Isra' Mikraj ini dalam menebalkan lagi keimanan diri.


nota:  sedang berduka...
 

    

No comments :

Post a Comment