Followers

Thursday, January 19, 2012

::Selamat Hari Jadi Nova::

Entri ini sememangnya super-duper lambatlah.  Tapi tak apa, dah memang janji pada diri nak masukkan juga kat sini.  Awas, selepas entri ini akan lebih banyak lagi cerita sambutan harijadi.  Biasalah, hujung-hujung tahun memang banyak betul sambutan harijadi baik dari kalangan keluarga sendiri dan juga rakan-rakan.  Boleh dikatakan penuh jadual hujung minggu dek menghadirkan diri ke sambutan majlis harijadi.

27 November lalu ada buat sedikit kejutan untuk Nova.  Itu pun perancangan mengejut diantara saya dan suaminya.  Secara jujur, kami selesa dengan Nova dan Ejump sekeluarga.  Dah rasa macam kawan rapat.  Kebetulan Ejump sebaya saya dan berkawan dengan Abang.  Bila melihat Nova pula, saya merasakan dia seperti adik sendiri dan kebetulan dia sebaya Arwah Adik, Nina.

Senang cerita sekepala.  Memang seronok bila menghabiskan masa bersama.  Mereka jugalah sering bagi tiket-tiket untuk persembahan antarabangsa.  Nak balas budi baik tu, mungkin tak mampu, doa sahaja mengiringi mereka sekeluarga semoga berbahagia selamanya.


Berbalik pada cerita asal, tak tahu nak ke mana Ejump memilih Red Box Sogo.  Jangan tak tahu, kami sebenarnya tak berapa familiar dengan konsep Red Box dan rasanya ini kali pertama kunjungan saya ke sana.  Boleh tahan mahal juga ya, tapi sekali dengan buffet, bolehlah.  Silapnya kami ambil bilik besar dan orang yang datang tidak ramai.  Pakej yang dipilih untuk 10 orang, tapi yang datang 6 orang.  Memang terasa sangatlah besar bilik tu.

Apa pun sambutan kecil-kecilan berjalan lancar.  Cuma hadiah sahaja tak ada :( belum ada rezeki lagi.  Serba salah juga sebenarnya waktu tu tapi nak buat macamanakan.  Kami semua seronok sepanjang 4 jam berada di dalam bilik super besar hingga buntu tak tahu nak menyanyi lagu apa lagi.  Jom tengok antara gambar sempat dirakam. 

SELAMAT MENITI USIA DEWASA NOVA, MOGA TERUS MENJADI MAMA DAN ISTERI YANG TERBAIK BUAT KELUARGA!! 


Siapa comel?  Mestilah anak-anakkan


Beramai-ramai, tukang ambil gambar sahaja yang tiada
Buah Hati tumpang tiup lilin.  Esoknya 28 haribulan harijadi dia pula sebenarnya


 Mama Nova dengan anak sulungnya yang sangatlah comel


 Abang bersama Buah Hati.  Adalah yang dirajukkan Buah Hati tu, sampai tak mahu senyum


 Birthday Girl menyanyi menghiburkan kami semua



nota:  seronok...

 



 

No comments :

Post a Comment