Followers

Thursday, January 5, 2012

::Gambaran Ketinggian Nabi Adam A.S::

Telah tiba hari Khamis, esok Jumaat menjelang dan sekejapan minggu pertama Januari 2012 telah dilalui.  Putaran waktu tidak menunggu walau sesaat.  Nak bercerita perihal sendiri serasa tak bersemangat pula, apa kata saya kongsikan kiriman email yang dikira menarik.  

Pagi tadi seperti biasa dapat email dari rakan saya, Raja Raymie :) perihal gambaran ketinggian Nabi Adam A.S.  Ternganga juga bila mengetahuinya dan jika benar ternyata begitu kerdil manusia di zaman ini.  Jom baca dan lihat gambar yang saya sertakan di bawah ini.  Kebenarannya, Wallahualam tapi tak salah untuk kita berkongsi..


Gambaran Saiz Baju Nabi Adam
 
 

Sabda Rasullulah SAW:
 
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“

(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.




Gambaran tinggi Nabi Adam berbanding manusia sekarang
 
Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.

 
Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.

 
Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.

Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet)
Wallahuallam...

Terima kasih kepada tuan asal email ini.  Sekurang-kurangnya dapat kita mengetahui perihal sedikit sebanyak berkenaan asal usul manusia.  
nota:  tiada ada mustahil jika Allah berkehendakkannya... 

No comments :

Post a Comment