Followers

Tuesday, March 19, 2013

::10 Gangguan Syaitan Ketika Solat::



Gambar di atas saya dapat melalui sebaran di Facebook.  Menarik perhatian saya dan juga menarik untuk dikongsi serta disebarkan.  Jom kita semak samada gigih atau tidak Syaitan menganggu Solat kita selama ini

1)  Berasa Was-Was Ketika Melakukan Takbiratul Ihram - saya pernah berasa was-was sesekali sehinggakan terpaksa mengulang 2-3 kali.  JAHAT ITU SYAITON YER!!

2)  Melakukan Gerakan Yang Tidak Perlu - tengah-tengah solat boleh pula bergoyang-goyang badan.  Huhuhu..adakah itu hasutan SYAITON?

3)  Tidak Memberi Tumpuan Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat - oh SYAITAN yang menggangu itu namanya KHINZIB ya?  Selepas ini kita buat seperti amalan Rasulullah SAW, meludah ke kiri 3 kali, moga tiada lagi gangguan dalam bacaan, Insyaallah.

4)  Melihat Ke Kiri Atau Ke Kanan Ketika Solat - SYAITAN memang suka mencurikan?  Nama pun SYAITAN.  Lepas ini, sesiapa yang biasa melakukan sebegini cuba kawal diri ya.

5)  Lupa Jumlah Rakaat Yang Di Kerjakan - Ya Allah, ini memang kelemahan saya.  Acapkali berlaku.  Sedang solat tiba-tiba terdetik di hati "Eh, ini rakaat ke-2 atau ke-3?"  tak pun "Eh, dah berapa rakaat sebenarnya aku sembahyang ni".  Intim betul ya SYAITAN dengan saya, sentiasa menggoda.  

6)  Menguap Dan Mengantuk - Ini satu lagi musibah setiap kali bersolat.  Sebelum bersolat elok sahaja, mula sahaja Takbirratulihram, mula la nak menguaplah, mengantuklah.  Itu semua buatkan sambil lewa dalam solat.  Lepas ini betul-betul kena tahan, kerana SYAITAN pasti bersorak kemenangan bila mana saya akur dengan hasutan dia

7) Hadirnya Fikiran Yang Memaling Tumpuan - sebab itu solat kita tak khusyukkan?  Bila mana sedang bersolat ada sahaja perkara terlintas difikiran.  Tengah-tengah solat boleh pula terfikirkan Si Polan itu, perkara ini.  Astghafirullahalazim!! Betapa saya benar-benar di bawah kawalan SYAITAN.  Banyak betul dosa saya ya sehingga SYAITAN senang berdamping dengan saya

8)  Bersin Berulangkali Ketika Solat - Ini juga musibah yang sering melanda saya.  Kena nasib tak baik, sepanjang solatlah asyik terbersin walhal bukannya selsema pun.  Sering saya terfikir mungkin tersedut air sewaktu berwuduk, rupanya ini kerja SYAITONNIRAJIM.  Benarlah sumpah SYAITAN dia tidak akan berhenti menghasut Anak Adam

9)  Tergesa-Gesa Menyelesaikan Solat - Tabiat yang saya rasa ada pada setiap orang.  Kalau boleh nak pendekkan solat, betul tak?  Ada sahaja agenda susulan.  Selepas ini ingat ya rakan-rakan, tergesa-gesa ini adalah hasutan dari SYAITAN.  Jangan kita mudah terpedaya lagi!

10)  Terasa Ingin Buang Angin Dan Buang Air - Kentut adalah masalah semulajadi setiap kali bersolat.  Seringkali saya marahkan diri sendiri bilamana tidak pula mahu terkentut di waktu lain tetapi dalam solat aduh!  Kejap-kejap terasa.  Puas menahan!  Selepas ini yakin dengan diri sendiri.  Selagi tiada bau ataupun bunyi, itu semua adalah kerja SYAITON laknat.  

Semoga dengan ini kita akan dapat meningkatkan lagi kualiti solat, Insyaallah! 





nota:  panduan bersama...

No comments :

Post a Comment