Followers

Wednesday, March 13, 2013

::Bicara Petang Rabu::

Sedih bila dapat tahu ada anggota tentera kita gugur di Lahad Datu.  Muda lagi tapi itulah, ajal mana kenal usia.  Mati syahid perajurit tersebut.  
 
Ingatkan dah reda isu di sana bila mana kampung sarang pengganas telah dibersihkan.  Biasalah, nama pun penjahat mesti punya 1001 akal untuk terus mengganas.  
 
Nampak gaya kerja keras pihak berkuasa harus berlipat kali ganda demi memastikan segalanya pulih sediakala.

Rakan-rakan di Sabah minta jasa baik sesiapa yang ada gambar-gambar suasana terkini Lahad Datu untuk muatnaik dan sebar di laman internet bagi mengembalikan kepercayaan pelancong luar negara.  

Ekoran dari serangan tersebut, industri pelancongan Lahad Datu khususnya dan Sabah secara amnya terjejas teruk.  Banyak pakej pelancongan dibatalkan.  Perniagaan lain pun turut sama terkena tempias.
 
Uish, gelapnya langit!  Guruh menderum-derum seolah ada peperangan di atas sana.  Baru berkira-kira mahu turun KL, nampak gayanya harus difikirkan semula.  Penat mahu terperangkap dalam jem.
 
Ada masa saya sambung berbicara.  Setiap kali jari mahu menari tika itu kepala beku, intipati apa mahu dikongsi bersama.  Tak kisahlah, asal ada sebaris dua ayat itu sudah cukup bagus.
 
Dari tak tahu apa-apa nanti adalah perkara yang boleh diborakkan =)
 
 
 
 
nota:  memikirkan sesuatu..
 
 
 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment