Followers

Thursday, March 21, 2013

::Kuat Berpeluh::

Mudahnya rasa panas sejak akhir-akhir ini.  Dengan sekelip mata peluh menitik-menitik, sesuatu yang amat jarang berlaku sepanjang usia.  
 
Saya bukan senang berpeluh, even duduk di bawah terik mentari still boleh maintain.  Kalau berlari pun rembesan peluh setakat biasa-biasa.
 
Terfikir adakah kerana perubahan hormon atau pun kerana tambahan nutrisi pemakanan (kolagen) atau mungkin pemakaian Felinna Inchloss?  Atau barangkali cuaca memang sangat panas.
 
Kenapa saya pelik?  Mestilah!  Kalau sebelum ini tidur tanpa kipas masih boleh lagi.  Sekarang tiap-tiap malam penghawa dingin harus dihidupkan.
 
Jika penghawa dingin dimatikan, menjelang pagi lencun baju.  Bila berpeluh sakan, badan pun senang gatal-gatal.
 
Tak cukup dengan itu, selama ini bila makan mana pernah berpeluh.  Hidangkan lauk sepedas mungkin, tetap macam tu juga.  Sekarang?  Makan nasi dengan kuah pun sudah bisa mengeluarkan peluh.
 
Masih belum tahu apa punca.  Tetapi ada juga terfikir yang saya semakin gemuk barangkali.  Lemak di sana sini, kerana itu cepat berpeluh.  Jika benarlah ini puncanya, PENGSAN!!
 
Yang peliknya hanya berpeluh di bahagian badan sahaja.  Kalau berpeluh dari atas sampai ke bawah bagus juga.  Itu barulah pembakaran lemak namanya.  
 
Tapi tak dinafikan selera makan pun lain macam.  Jika dulu, seharian perut tidak diisi bukan menjadi satu masalah.  Sekarang, lambat sahaja perut punyalah meragam!  Siap ada bunyi-bunyian lagi.
 
Cumanya walaupun agak kuat makan, berat badan masih belum naik.  Takat pada angka sebelum ini.  Barangkali bantuan Felinna dan Kolagen? 
 
Turun berat badan sahaja belum lagi :(  walhal saya amat mendambakan penurunan berat.  Agak-agak akan berlaku tak?  Jawapannya saya sudah ada!
 
Pastilah TIDAK, kerana saya tidak berusaha langsung ke arah itu.  Senaman langsung tak buat, jaga pemakanan ibarat mimpi di siang hari.  Hanya bergantung pada Kolagen dan Felinna mana logik.
 
Okay, saya berjanji pada diri sendiri akan mula giat untuk menurunkan berat badan.  Mungkin dengan cara itu saya dapat menemui jawapan kepada masalah peluh ini.  
 
Doakan saya berjaya dalam misi yang entah berapa kali tertangguh dan juga sudah berapa kali kecundang.  Tapi bila tengok orang kurus tau pun cemburu.  Inilah manusia!  Mahu tapi enggan berusaha!
 
 
 
 
nota:  saja-saja...

No comments :

Post a Comment