Followers

Monday, March 18, 2013

::Monolog::

Bangun pagi, ambil handphone ternampak tarikh 18 Mac.  Owh, hati jadi gundah.  Sudah melepasi tarikh ITU, akan adakah rezeki ku untuk ITU? 
 
Hati bingung mencari jalan, merenung kosong jauh ke pintu bilik.  Termanggu seketika sendirian di atas katil tanpa memikirkan diri belum mandi lagi.
 
Badan longlai, perlahan kaki diorak ke muka bilik air.  Otak ligat memikirkannya tapi seolah tiada daya untuk mempertahankan apa yang ada.  Mencurah rasa di ruang kecil sambil membersihkan diri.
 
Ke mana lagi harus diadu setelah amati tiada siapa mampu membantu.  Lantas bentang sejadah, sarung baju dan telekung.  Hanya DIA tempat ku mengadu.  Hanya DIA aku lampiaskan segala duka lara.
 
Lapang dada bila komunikasi dua hala mengambil tempat.  Penyelesaian tidak datang bergolek tapi cukuplah sekadar dapat meluah rasa.
 
Selesai segalanya secara tiba-tiba Sang Burung bernyanyi riang di ruang tingkap.  Jarang benar siulan mereka kedengaran tetapi mungkin hari ini Allah turunkan untuk menghibur hati lara.
 
Terhibur seketika menjenguk keletah Sang Burung berterbangan bersilang nyanyian merdu.  Apa lagi perlu difikirkan, jalani sahaja kehidupan seadanya.  Ya, Allah sedang merancang segala yang terbaik untukku.
 
Sabar, Redha, Berserah dan Berusaha.  Itu sahaja tangkal kehidupan buat hari mendatang! 



nota:  yakin ada jalan...

No comments :

Post a Comment