Followers

Monday, March 4, 2013

::Kesan Positif PMC, Sangat Puas Hati::

Tak nak cerita perihal Lahad Datu, doakan yang terbaik sahaja untuk mereka di sana.  Cerita lain pula walaupun kepala asyik fikir hal di sana.

Okay nak kongsi sedikit hasil positif setelah mengamalkan pengambilan Pure Marine Collagen (PMC) dalam tempoh hampir tiga bulan.  

Saya pernah kongsi ---> di sini masa mula-mula makan.  Alhamdulillah kesan masih berterusan meski culas.  Kadang-kadang sehari sekali, kadang-kadang 2-3 hari sekali.

Tapi apa yang paling saya teruja bila masalah sengugut semakin tidak membelenggu diri.  Sengugut sering menghantui diri sejak dari dulu lagi.  Ini bukan tahap-tahap biasa tau.

Sakit dia yang entahlah.  Setiap kali kena rasa mahu potong perut letakkan bahagian tersebut di luar.  Azabnya Allah sahaja yang tahu.  

Tak bermaya untuk berjalan, pinggang teramat sakit, ada-ada masa muntah, tapak kaki pucat kesejukkan dan macam-macam lagi.  Apa yang terdaya hanya baring dan paksa diri untuk tidur.

Tidur sahaja ubat paling mujarab.  Celik mata, kesakitan kembali menghantui.  Pernah juga pitam beberapa kali.  Tak tahulah samada ada orang lain lebih teruk dari saya, tetapi ianya cukup TERUK bagi saya.

Sewaktu bekerja dahulu, MC memang diperuntukkan untuk hari pertama datang bulan.  Bermacam-macam ubat / jamu saya cuba.  Dari perubatan moden ke tradisional sehinggalah ke ubat-ubat Cina dan India.

Tiada satu pun berhasil.  Setiap kali berjumpa doktor, hadiah suntikan pasti diberi bagi meredakan kesakitan sehingga ke satu peringkat doktor terpaksa memberhentikan pemgambilan ubat tahan sakit.

Ini kerana badan saya sudah tidak mampu lagi bertahan dengan ubat tersebut terutamanya di bahagian pinggang :( .  

Pil-pil tahan sakit juga sudah tidak boleh diambil setelah kandungan dadah tersebut melebih dos sepatutnya di dalam badan.  Setiap kali makan, saya akan mendapat alahan teruk.

Bila tiada bantuan, memang merana.  Setiap bulan menangis dengan kesakitan melampau.  Apa yang boleh dibuat?  Terus bersabar dan berdoa moga sakit berkurangan.

Sehinggalah pertengahan tahun lepas, ada menasihatkan supaya saya berhenti mengambil air sejuk / berais.  Kalau boleh minum yang panas-panas.  

Corak minum saya mula berubah.  Tiada lagi air sejuk / ais.  Hanya kadang-kadang bila memerlukan ataupun teringin.  Selebihnya saya selesa dengan air panas / suam.

Alhamdulillah, sedikit berkurangan dari dulu tapi tetap sakit.  Itu pun dah cukup baik meski masih dalam tahap merana.  Cuma sakit tidaklah berpanjangan sampai 2-3 hari.

Dan selepas hampir 3 bulan, PMC benar-benar membantu.  Sudah berapa kali period tiada lagi sakit melarat.  Sakit tetap sakit bezanya saya tidak lagi terlantar di atas katil.

Sudah punya kekuatan untuk keluar berjalan.  Tapak kaki tidak pucat dan sindrom lain seperti muntah dan pitam tiada lagi.  

Berpuluh tahun saya mencari penawar, rupanya PMC juga membantu.  Kenapalah lambat saya berjumpa PMC? hehehe...

Tapi sakit-sakit di bahagian pinggang sewaktu sengugut masih ada, juga di bahagian perut.  Bezanya airmata pun dah tak meleleh menahan kesakitan.  

Tempoh period pun sedikit panjang iaitu 5-7 hari berbanding sebelum-sebelum ini, 2-4 hari sahaja.  Mula-mula risau sebab melebihi tempoh biasa, tetapi bila GM kata bagus baru lega.

Mungkin setelah mengamalkan dalam tempoh panjang sengugut akan pulih sepenuhnya.  Ya saya menaruh harapan besar.  Tapi kalau tidak berlaku, apa yang saya alami hari ini sudah cukup baik.

Betapa selama ini masalah sengugut benar-benar menyekat pergerakan saya.  Bukan itu sahaja, emosi juga sering terganggu sebelum dan selepas tempoh datang bulan.  

Apa kata bagi yang mempunyai masalah seperti saya cuba ambil PMC.  Kesan antara kita mungkin berbeza-beza tetapi ianya salah satu usaha.  

Oh ya, saya makan PMC warna ungu Gred AAA.  Jenis lain saya tak pernah cuba, mungkin boleh juga atau mungkin lebih baik.  

Ya, memang saya jual PMC yang belum dimasak mahupun yang dah dimasak.  Tetapi entri ini bukan untuk promosi apa dijual.  Ia satu perkongsian pengalaman.  

Kalau berminat beli dari saya pun boleh, beli dari orang lain pun tak ada masalah.  Perkara baik apa diwar-warkan.  Seperti yang saya kata sebelum ini, lain individu lain kesannya.  

Apa yang saya alami mungkin tidak akan sama, cuma kalau nak tahu lebih lagi kesan positif yang dapat saya rasakan bolehlah ke entri lama saya ini  

Alhamdulillah, semua kesan positif tersebut masih berterusan kecuali menurunkan berat badan.  Hahaha...sebab itu saya berusaha menghilangkan lebihan lelemak dengan Felinna Inchloss.

 
PMC siap dimasak dengan pelbagai perisa.  Nak tahu lebih lanjut boleh email saya di iluvclothez@gmail.com

  Saya hanya menjual PMC raw warna ungu dan putih sahaja.  Sejak kebelakangan ini ada warna hijau juga, kalau ada berminat boleh nanti saya tanyakan pada supplier







nota:  sedang mencuba satu lagi produk..masih menantikan hasilnya..

No comments :

Post a Comment