Followers

Tuesday, March 12, 2013

::Sembang Tengah Malam::

Berkira-kira untuk melelapkan mata tetapi itulah, baru sahaja selesai membedal nasi lemak satu bungkus lebih kurang jam 11 malam.  Wajarkah untuk tidur?
 
Sejak akhir-akhir ni selera makan sangat dahsyat ya!  Banyak berfikir dan kerana itulah selera membuak.  I'm the person yang kalau hati senang, selera makan tu taraf biasa.  
 
Tapi kalau masalah berselirat, memang makanan adalah tempat melepaskan bebanan and that's the best reason why I'm so fat.  Bila berat badan bertambah bukan senang nak turun.
 
Seriously, 2-3 tahun ni terlalu banyak perkara menyesakkan otak.  Orang akan selalu berkata kalau gemuk tu hati senang, but for me the other way round.  
 
Bukan nak cerita masalah pun malam-malam begini.  Problem will never end till to the last breathe.  Hari ini senyum, esok lusa belum tentu lagi.  Correct me if I'm wrong.
 
Sememangnya sedang melayan mata supaya tidak tidur awal.  Paling tidak bagilah nasi betul-betul turun ke perut.  Ini tidak, masih lagi terasa-rasa di anak tekak.  Sedikit lagi boleh terbelahak!
 
Again, bila melayan kesyahduan malam hati ini tidak berhenti berdenyut merindui mereka-mereka yang agak mustahil sebenarnya untuk bersua kembali.  Kenapa ya?  
 
Faktor usia barangkali, kerana itu asyik teringatkan Si Polan ini, Si Polan itu.  Agak-agak mereka seperti saya ke?  
 
Yalah segala kenangan sudah jauh ditinggal, barangkali sudah luput dari ingatan mereka tetapi mengapa saya masih lagi sukar untuk melupakan segalanya?
 
Hmm....
 
 
 
nota:  terusik..
 
  

No comments :

Post a Comment