Followers

Thursday, May 9, 2013

::JANGAN Dalam Islam::

Masih lagi mencari ruang bagi mendamaikan hati penuh gelora.  Biasalah, dalam keadaan sebegini melompat ke langit Sang Syaitan kerana berjaya menawan serta mengacau bilau hati manusia.

Nak buat macamana, saya bukan manusia maksum.  Tersasar dari landasan itu biasa, tapi kalau dah tahu cepat-cepatlah kembali ke jalan yang sepatutnya.

Oleh itu, mood nak cerita bagai memang tak ada.  Maaflah, jika ada yang ke sini ditakluki rasa bosan/menyampah.  Akan saya usaha untuk kembali pulih secara total!

Mungkin boleh saya kongsikan apa saya dapat di peti mail.  Sekurang-kurangnya ia membawa manafaat buat kita semua ;)

JANGAN Dalam Islam Dari Ustaz Don

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
 
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
 
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
 
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
 
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
 
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
 
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
 
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
 
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
 
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
 
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
 
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
 
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
 
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
 
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
 
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
 
ALLAH lebih tahu, Wallahualam.. Kalau rajin, tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.




nota:  muhasabah diri...

No comments :

Post a Comment