Followers

Thursday, May 2, 2013

::Khamis Yang Lemau::

Pagi tadi bangun hasil kejutan dari Cayang Ejiki.  Tak rela sebenarnya lagi nak buka mata tapi bila mata tertanjap ke muka jam kena paksa diri juga bangun.  Subuh taraf Subuh Gajah dah.
 
Masakan tidak, jam 4 pagi baru berjaya lelap mata gara-gara kena gatal+melecet di bahagian tertentu badan.  Serba tak kena gayanya walhal mata memang dah berat sewaktu perjalanan pulang dari Port Dickson.
 
Pabila bangun dalam keadaan tak rela dan separuh sedar, seharian mata amatlah berat.  Buat kerja serasa di awangan.  Yakin benar ianya berpunca dari ubat allergic yang diambil.
 
Sebaik sahaja sampai rumah dalam jam 1 petang macam tu, kepala dah tak fikir lain.  Terbayang bantal dan tilam di bilik atas.  Tak jengah meja makan terus naik bilik.
 
Hasilnya mata lelap sehingga jam 4 petang.  Itu pun paksa diri untuk bangun tatkala terdengar azan Asar.  Waktu tu badan dah lemau gila.  Seluruh badan langsung tak bermaya.
 
Turun bawah kejap isi perut kemudian naik balik sambung tidur sampai jam 7.30 malam macam tu.  Itu pun sebab Abang telefon, berbual pun macam nak tak nak sahaja.
 
Sehinggalah ke saat entri ini ditulis, badan masih lemah, pandangan mata kabur dan diri  terasa melayang-layang.  Sebab itulah tak suka tidur siang, bila terlebih tidur inilah jadinya.
 
Few message came in pun rasa malas sangat nak layan.  Perut lapar tapi kalau tak makan pun tak apa.  Nak melekat pada tilam dan bantal sahaja gayanya.
 
Bisa-bisa lemah berjaya menakluki tulang empat kerat.  Berjalan ibarat menyeret kaki.  Betul-betul punya lemau.  Tekan papan kekunci laptop pun sebiji-sebiji.  
 
Ubat alahan tersebut memang kuat, tempoh penguasaan dadah ubat tak lebih dari 12 jam.  Sebab itu doktor saran ambil waktu malam sahaja.  Kalau kurang dari tempoh tersebut, badan akan auto-off.

Harapnya esok akan pulih seperti sediakala.  Badan akan kembali segar dan bersemangat meneruskan kerja.  Tak suka dibelenggu lemah badan tak berpenghujung.
 
Shall stop here, nak sambung tidur dengan harapan alahan tidak akan ganggu lena lagi malam ini.  Umur panjang, sihat tubuh badan, In Shaa Allah esok kembali menulis entri ;)
 
 
 
nota:  ke sebab lama tak berjalan jauh?  
 
 
 
 


2 comments :

  1. Smoga cepat sembuh. :)
    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya...Insyaallah ada masa for sure will visit yours..

      Delete