Followers

Sunday, May 5, 2013

::Selamat Mengundi::

Akhirnya hari dinanti tiba diiring terik senyuman mentari.  Ceria benar langit hari ini jika dibandingkan hari-hari yang sudah.
 
Jom kita tunaikan tanggungjawab sebagai individu yang berhak ke atas bumi Malaysia.  Jangan sampai terlepas jam 5.00 petang ya!
 
Nampaknya ramai memilih keluar mengundi awal pagi.  Mungkin mahu ke tempat undi lain pula selepas itu.  Yalah, kan dah berkeluarga.  Kenalah susun masa supaya semua sempat mengundi.
 
Saya belum keluar rumah lagi.. hehehe...Tak jauh mana pun tempat mengundi, tapi tak adalah nak pergi petang sangat.  Dalam pukul 11pagi macam tu, Insyaallah tibalah di tempat undi.
 
Pada sesiapa yang belum lagi keluar dan merancang untuk keluar sebentar lagi, maklumat di bawah boleh membantu anda dalam menjalani proses pengundian.  
 
Ini penting supaya undi kita nan satu itu dikira sah dan layak untuk dihitung petang nanti :)  
 
Selamat Membuang Undi PRU13!
 
 Sumber dari sebaran FB




nota:  tak sabar dah...

2 comments :

  1. Replies
    1. rugi 1 vote tp i visit yr page..awak bersalinkan so hv big reason to escape! =)

      Delete