Followers

Thursday, May 30, 2013

::Tayangan Perdana ~Bikers Kental~::

Pergi menonton Fast & Furious 6 pada hari Selasa minggu lepas, keesokkannya datang lagi ke One Utama untuk menonton filem Bikers Kental (BK) pula.

Filem BK Abang yang nak sangat tonton.  Ada Awiekan, mestilah dia teruja.  Entah macamana, gatal tangan cari kalau-kalau dapat peluang menonton secara percuma.

Sekali tu GSC ada buat peraduan.  Pucuk dicita ulam mendatang jawabnya.  Cuba nasib, Alhamdulillah mengena!  Memang rezeki Abang.

Okay-okaylah filem ni.  Awal cerita sedikit perlahan, nasib baik tak terus boring.  Ada lawak mampu menggeletek hati.  Siapa lagi kalau bukan Zizan Raja Lawak punya penangan.

Watak Awie pun boleh tahan cuma dia tak adalah kelakar Zizan tapi ada momen dia mampu buat ketawa terburai.

Ceritanya berkisar keazaman Bidin (Zizan) mahu memiliki motorsikal berkuasa tinggi supaya dapat turut serta rakan-rakannya yang lain.  

Akhirnya dapat juga dia membeli motorsikal walaupun dengan cara salah.  Bermulalah kehidupan Zizan sebagai seorang bikers yang akhirnya membawa dia ke Krabi, Thailand.

Macamana dia ke sana itu kenalah tonton.  Apa pula watak Awie?  Dia berlakon sebagai Eddie merupakan rakan baik pada Bidin.  

Tapi akan ada konflik di antara kedua mereka.  Itu pun kenalah tonton ya!  Kesudahan filem sudah semestinya happy ending.  

Antara pelakon-pelakon lain turut bersama di dalam filem ini, Harun Salim Bachik, Bront Palare dan Zul Ariffin.  Yang lain-lain saya tak berapa tahu sangat nama mereka.

Saya beri 3.5 bintang buat filem BK.  Kalau kata nak tonton lagi sekali pun rasanya tak ada masalah.  Kira tak adalah bosan filem ini.

Khabarnya selepas 4 hari tayangan, BK berjaya mengaut sejumlah RM1.1 juta lebih.  Ternyata gandingan di antara Awie dan Zizan membawa tuah buat filem ini.

Sudah mula ditayangkan pada 23 Mei lalu.  Apa kata sempena cuti sekolah, bawa keluarga menonton BK.  Secara tak langsung kita menyokong industri perfileman tanahair. 

 Google Image




nota:  mencari agenda untuk cuti sekolah...

 
 

 

No comments :

Post a Comment